Kamu Perlu Tanya 5 Soalan Ini Ketika First Date - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Perlu Tanya 5 Soalan Ini Ketika First Date

Kamu Perlu Tanya 5 Soalan Ini Ketika First Date

Elizabeth Kunke, penulis Body Language for Dummies menyatakan bahawa selain mencari pakaian yang sesuai, kamu juga perlu sediakan topik dan soalan yang menarik (juga informatif) ketika pertama kali bertemu. Ini antaranya…

Kamu Perlu Tanya 5 Soalan Ini Ketika First Date

Foto: Depositphotos

1. “Perkara paling spontan pernah kamu lakukan?”

Jika kamu ingin tahu sama ada si dia jenis fleksibel, berani mengambil risiko atau sebagainya, tanya soalan ini.

2. “Buku pilihan kamu?”

Pertanyaan ini akan menjawab apa kegemaran si dia serta tahap kebijaksanaannya.

3. “Adakah kamu masih berhubung dengan kawan-kawan zaman sekolah atau kolej?”

Jawapan si dia akan menunjukkan sama ada dia jenis yang menghargai persahabatan dengan teman lamanya atau tidak.

4. “Jika kamu diberi peluang melancong ketika ini, ke mana kamu akan pergi?”

Jika dia menjawab tak ke mana-mana, bermakna si dia jenis tipikal yang suka terperap di rumah saja. Tapi kalau jawapan si dia lebih daripada satu destinasi, bermakna dia jenis adventurous.

5. “Apa pekerjaan impian kamu?”

Kamu akan dapat tahu apa yang memberi motivasi dan inspirasi kepadanya, sekali gus ‘membaca’ karakternya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor