Kamu Peminat Hidangan Vietnam? Nikmati Promosi Hebat Di Restoran Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Peminat Hidangan Vietnam? Nikmati Promosi Hebat Di Restoran Ini

Kamu Peminat Hidangan Vietnam? Nikmati Promosi Hebat Di Restoran Ini

Pernah tak kamu berkunjung ke Pho Street? Buat kamu yang belum tahu, restoran ini menawarkan hidangan yang enak-enak belaka!

Pho Street, restoran yang terkenal dengan hidangan Vietnam Barat melancarkan promosi baru sepanjang bulan patriotik. Kempen Merdeka We Are Pho Everyone akan buat kamu gila kerana pelbagai tawaran menarik disediakan.

Sempena sambutan Merdeka ke-62, Pho Street menyediakan tawaran murah Pho Beef Combination dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang pada 8 September di semua enam cawangan seluruh negara!

Setiap mangkuk Pho Beef Combination akan diberi potongan harga RM6.20 (harga asal RM19.90) untuk masa terhad bermula 9 September hingga 16 September 2019.

Pho Street adalah restoran mesra-Muslim yang popular jika kamu ingin menikmati street food Vietnam. Pelbagai hidangan dari semangkuk mi yang menggiurkan hingga sandwic Banh Mi boleh kamu nikmati di restoran ini. Pho Beef Combination adalah signature menu di sini dan antara menu ‘wajib’ untuk kamu cuba. Daging yang direbus selama lapan jam, mi beras dari Vietnam bersama daging halal pasti akan buat kamu kembali ke sini lagi.

Kombinasi Pho Beef yang lazat dan paling laris (harga biasa RM19.90) adalah kombinasi potongan daging lembu, bola daging, shank, tendon, tepung, dan mi yang disajikan dengan ramuan rasa sup yang enak,

Untuk maklumat lanjut mengenai Pho Street dan promosi We Are Pho Everyone, klik di sini.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist