Kamu Peminat Gincu Matte? Ikuti 5 Helah Hebat ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Peminat Gincu Matte? Ikuti 5 Helah Hebat ini

Kamu Peminat Gincu Matte? Cuba 5 Trik Hebat Ini

Sah, musim ini bibirmu perlukan lebih pigmen dan warna namun tetap nampak lembut dengan efek velvety menggoda!
Kamu Peminat Gincu Matte? Ikuti 5 Helah Hebat ini
Foto: Depositphotos.com

1.Oleskan nipis pelembap bibir dan biarkan lima minit. Gincu matte selalunya mengandungi pigmen berdebu jadi ia kurang melembap dan bibir mudah nampak kering.

2. Gariskan bibir dengan warna yang sepadan rona gincu, kemudian warnakan seluruh bibir dengan pensel sama. Ia akan bantu olesan gincu nampak kemas.

3. Dengan berus eyeliner, sapu sedikit bedak debu untuk set warna dan serap kilauan.

4. Sekarang oleskan gincu matte dari tengah ke sisi agar sapuannya tidak terlalu tebal.

5. Guna berus bibir untuk samarkan garis bibir dan adun liner dan gincu, terutamanya pada sudut bibir agar tak nampak keras dan kuku.

Boleh cuba:

Mattemoiselle Plush Matte Lipstick Spanked
Fenty Beauty Mattemoiselle Plush Matte Lipstick
RM84 (sephora.my)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker