Kamu Dikritik? Tanganinya Bak Profesional - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Dikritik? Tanganinya Bak Profesional

Kamu Dikritik? Tanganinya Bak Profesional

Amat mudah untuk mengkritik seseorang tapi bagaimana pula jika kamu yang dikritik? Pasti kamu sedikit sebanyak akan terkesan dengan kritikan tersebut, kan? Tidak kira jika ia positif mahupun negatif, let’s handle criticism like a pro!

Tangani Kritikan Like A Pro!

Foto: Depositphotos

Pasti kamu akan rasa tidak seronok dan sedih jika hanya dua orang like post Instagram kamu atau jika bos berikan maklum balas negatif terhadap projek yang kamu kendalikan. Tapi untuk berjaya dalam kehidupan – secara peribadi dan profesional, amat penting untuk ambil kritikan secara berterusan. Mendengar pendapat orang lain boleh memperbaiki hubungan kamu, prestasi akademik dan kepuasan kerja. Cosmo kongsikan cara untuk terima kritikan orang lain tanpa berasa sedih atau terkesan dengannya.

Membantu Atau ‘Membunuh’?

Kritikan adalah istilah untuk penghakiman atau penilaian, tidak kira baik atau buruk. Terdapat banyak sebab mengapa orang berikan kritikan. Ia boleh berpunca daripada iri hari atau rasa tergugat tapi tidak semua kritikan adalah sesuatu yang negatif.

Constructive Criticism – maklum balas yang bijak dan positif boleh membantu kamu mendapatkan pandangan berharga perihal tindakan kamu dan meningkatkan kepercayaan di antara satu sama lain. Di tempat kerja, kritikan yang membina (Contoh: Kamu sepatutnya lakukan kertas kerja seperti ini…) boleh bantu tingkatkan motivasi berbanding kritikan negatif (Contoh: Kertas kerja projek ini teruk!).

Deconstructive Criticism – ia lebih kepada menuduh seseorang itu dan menunjuk kesalahan mereka tanpa berikan cadangan untuk penambahbaikan. Kritikan negatif sebegini boleh melukakan hati seseorang dan merendahkan kemampuannya, membuatkan mereka rasa bersalah kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik.

Tepis Dengan Jayanya!

Tidak kira sama ada kritikan tersebut merupakan sesuatu yang berguna atau hanya sekadar untuk memalukan kamu, terdapat cara bagaimana untuk mengatasinya dan teruskan kehidupan.

Dengar dengan baik.

Kenal pasti sama ada ia kritikan membina atau sebaliknya. Kamu mungkin akan rasa terluka jika orang kata kamu suka mengawal, tapi dengan cara ini ia juga boleh bantu kamu berubah dan perbaiki personaliti kamu sebagai individu. Jika kritikan boleh membantu, dengar dan cuba terimanya. Jangan jadi defensive.

Respons dengan tenang.

Sentiasa tunjukkan hormat dan ucap terima kasih kepada mereka jika kamu rasa ia kritikan yang berguna. Jika ia negatif semata-mata, guna tagline Selena Gomez – ‘kill em’ with kindness’! A simple smile makes you the bigger person.

Jangan simpan dalam hati.

Cuba ketepikan emosi kamu daripada situasi tersebut dan fokus terhadap apa yang dikritik. Satu projek yang kurang berjaya tidak mendefinisikan tahap kemampuanmu untuk projek berikutnya. Ambil kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk lebihkan usaha dan agar kesilapan sama tidak berulang kembali.

Uruskan tekanan kamu.

Apabila stress, kamu akan rasa seperti out of control dan tidak dapat respons kritikan secara profesional. Usah risau dan jangan terlalu tertekan! Tarik nafas sedalamnya dan pastikan ia mampu dikawal sebaiknya.

Jangan berhenti!

Ingat, kritikan tersebut mungkin datang daripada seorang individu saja. Ketahui apakah kekuatan kamu dan jangan biarkan pendapat orang lain menghalang kamu daripada bekerja keras demi mencapai matlamatmu!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor