Kamu Bercuti Di Mana? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Kamu Bercuti Di Mana?

Hujung tahun memang sinonim dengan vacayayyy! Ke mana kamu tahun ini? #Cosmotravel ke Lost World Of Tambun bulan ini, kamu dah lihat highlight di Instagram? If you miss the fun, click here now! Tahun ini, bukan saja team Cosmo, tapi ada empat lagi Fearless Girls turut serta memeriahkan #Cosmotravel! So fun!

Mungkin kamu ternanti-nantikan liputan penuh kembara kami ke Ipoh, selang beberapa hari lagi, kami akan siarkannya. Jangan lupa tonton, ya? Terima kasih kepada penaja-penaja yang sudi merealisasikan kembara kami tahun ini!

Cari masa untuk berehat and go out to see the world! Tak kisahlah jika ia percutian bersama keluarga mahupun solo. Pasti kembaramu memberikan pengalaman berharga dan sukar dilupakan.

Seperti yang saya katakan dalam Kata Editor edisi November 2019…Why do people travel? Pastinya untuk mencari motivasi diri (especially me). Kadangkala sanggup berlapar gara-gara mahu tampak langsing dalam foto, atau semata-mata mahu bawa wang saku yang cukup untuk shopping di negara orang. Ada juga yang kerja lebih masa kerana mahu tenang bercuti tanpa diganggu bebanan kerja. Ahhh… seronoknya!

Apa alasan kamu? Untuk relaks? Rejuvenate? Escapism? Having an adventure? Apa jua alasan kamu, Cosmo harap kamu dapat mengembangkan perspektif, cabar kemampuan diri dan belajarlah sesuatu yang baru!

Jangan lupa dapatkan Cosmopolitan edisi November 2019 sekarang ya! Banyak artikel menarik berkenaan kembara ada kami tampilkan buat kamu si kaki travel! ENJOY!


Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor