Kaitan Kuku Dan Masalah Kesihatan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kaitan Kuku Dan Masalah Kesihatan

Kaitan Kuku Dan Masalah Kesihatan

Pernah terfikir tak kenapa kadangkala bila kamu sakit, doktor akan periksa keadaan kuku kamu dan warnanya? Ia sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti beberapa penyakit tertentu.

Menurut kajian daripada Akademi Dermatologi Amerika, ia boleh beri petanda beberapa masalah daripada keadaan paru-paru hinggalah anemia. Menurut Dr Phoebe Rich, Pengarah Klinik Gangguan Kuku di Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Amerika Syarikat, banyak perkara boleh dikesan melalui kuku kamu.

1) Garisan Coklat

Ia mungkin petanda melanoma (tumor melanosit yang terdiri daripada sel berpigmen melanin yang biasa terdapat pada kulit, mata dan membran mukus). Walaupun kamu sangka kanser kulit yang paling dahsyat selalu bermula daripada tahi lalat atau bintik hitam, ia sebenarnya boleh dikesan melalui kuku juga.

2) Kuku Kuning

Menurut Dr Phoebe, kuku yang sangat kuning dan tumbuh perlahan boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru. Sekiranya kamu mempunyai sindrom ini, boleh jadi juga kuku kamu melengkung dan mudah tertanggal.

3) Kuku Putih

Jika kuku kamu kebanyakannya putih dengan rim berwarna gelap, ia menunjukkan kamu mungkin mengalami masalah hati seperti hepatitis.

4) Kuku Rapuh

Ia biasanya berlaku akibat masalah diet atau bahan kimia yang terkena pada tangan kamu. Menurut Dr Phoebe, jika kamu kurang sihat atau kurang nutrisi tertentu, badan kamu tidak mempunyai bahan untuk menghasilkan kuku yang baik. Kuku rapuh juga boleh menunjukkan masalah anemia, kekurangan zat besi atau penyakit tiroid.

5) Kuku Berlekuk

Ia biasanya sebahagian daripada penuaan. Lekuk yang dalam dikenali sebagai beau lines dan ia lebih membimbangkan. Ia menunjukkan bahawa ada sesuatu yang menyebabkan kuku berhenti berkembang buat sementara waktu. Puncanya termasuk demam panas, kemoterapi, penyakit serius, pembedahan utama, pemindahan darah, kemalangan kereta atau apa-apa tekanan utama kepada sistem tubuh kamu.

6) Bintik Putih

Ramai fikir bintik putih berkaitan dengan kekurangan vitamin tetapi itu hanyalah sekadar mitos. Keadaan yang dipanggil leukonychia punctate ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa jenis trauma ringan apabila kuku sedang dibentuk.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert