Justin Timberlake Dan Jessica Biel Berpisah?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Justin Timberlake & Jessica Biel Berpisah?

Selepas tiga bulan skandal Justin Timberlake bersama his co-star Alisha Wainright, kini Jessica Biel dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan mereka.
Foto: Billboard

Paparazi telah mengambil gambar Jessica ketika dia membeli-belah di sebuah farmasi dan perasan Jessica tidak lagi memakai cincin perkahwinan. Ini bukan 100% bermaksud perkahwinan mereka mempunyai masalah, tetapi memandangkan skandal yang telah berlaku sebelum ini, mungkin itu puncanya?

Bagaimanapun, Justin telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram ekoran skandal yang telah berlaku dengan berkata, “I should have known better. Ini bukanlah contoh yang saya mahuka untuk anak lelaki saya. I apologize to my amazing wife and family for putting them through such an embarrassing situation, and I am focused on being the best husband and father I can be.”

Jessica dilaporkan sangat marah dengan Justin dan memaksa dia menulis permohonan maaf tersebut dan kongsikannya di Instagram. Tetapi hubungan mereka kini sudah bertambah baik dan mereka nampak gembira menyambut parti ulang tahun Jessica yang dikongsikan di Instagram dua hari lalu.

Hmm, jadi dari mana datangnya gosip perpisahan ini? Cosmo doakan kebahagiaan mereka berkekalan!

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker