Jurusolek Rihanna Berkongsi Tip Menggunakan #CHEEKSOUT Blush & Bronzer - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jurusolek Rihanna Berkongsi Tip Menggunakan #CHEEKSOUT Blush & Bronzer

Cosmo tampilkan Priscilla Ono, Global Makeup Artist untuk Fenty Beauty (yang telah menyentuh wajah Rihanna beribu kali) untuk berkongsi tentang koleksi musim panas 2020 Cheeks Out Freestyle Cream Blush & Cheeks Out Freestyle Cream Bronzer yang harus kamu miliki for that Fenty Fresh Face!
Follow @priscillaono di Instagram dan kamu pasti akan terinspirasi dengan hasil solekannya!

C: Apa yang paling kamu sukakan tentang koleksi terbaru Cheeks Out ini?

P: Cheeks Out Cream Bronzer dan Blush terbaru ini memberikan bayangan warna yang semula jadi dan sempurna, ia menghangatkan, menyerikan dan menyerlahkan penampilan kulit. Ia sangat mudah digunakan – tekstur seperti balm yang sangat ringan dan cair pada kulit. Warnanya boleh dibina dengan mudah jadi kamu boleh rias wajah dengan warna tipis atau tambah untuk nampak lebih jelas.

C: Apa antara gaya soekan yang boleh dihasilkan menggunakan tekstur krim serta warna-warna yang ada?

P: Cheeks Out Cream Bronzer boleh digunakan untuk menambah a bronzing warmth pada kulit, untuk kontur serta menghasilkan dimensi yang lembut. Sementara Cream Blush pula mempunyai tekstur yang ringan serta warna yang boleh dibina, jadi kamu ada banyak pilihan! Kamu boleh hasilkan gaya no-makeup-makeup dengan kemekaran semula jadi. Atau terangkan sedikit pembayang pipi untuk warna dramatik. Ada sesetengah warna kamu boleh gunakan pada bibir juga.

CHEEK OUTS FREESTYLE CREAM BLUSH IN 10 SHADES (RM96)
& CHEEKS OUT FREESTYLE CREAM BRONZER (RM145)

C: Boleh kongsi tips untuk gunakan beberapa warna Cream Bronzer pada wajah?

Saya gemar menghasilkan solekan pipi 3D dengan melapiskan dua warna Cheeks Out Freestyle Cream Bronzer. Untuk lakukan ini, guna Face Shaping Brush 125 untuk melayangkan mid-tone bronzer pada bingkai wajah dan juga lohong tulang pipi – ini akan menghasilkan glow yang lembut dan semula jadi. Kemudian untuk menghasilkan tulang pipi 3D, guna berus yang sama untuk melayangkan Cream Bronzer dalam warna satu atau dua kali lebih gelap pada bawah tulang pipi diadun – ini akan menghasilkan definisi yang paling realistik dan membantu membentuk wajah.

FACE SHAPING BRUSH 125, RM145

C: Siapa yang sesuai menggunakan produk dengan tekstur krim ini?

P: Produk dengan tekstur krim boleh dipakai oleh sesiapa sahaja yang mahukan efek soft glow! Koleksi Cheeks Out adalah user friendly, jadi tak kira kamu baru nak mula atau sudah pro, kamu boleh menggunakan produk ini untuk menghasilkan solekan yang kelihatan expertly blended. Tekstur seperti balm yang unik terasa ringan dan cair pada kulit. Tambahan ia tahan peluh dan juga air!

C: How versatile are these products dan boleh kongsi tips untuk gunakannya pada bahagian lain wajah?

P: Cream Blush boleh juga digunakan pada bibir – I love doing this for a monochromatic look di mana saya akan guna warna seperti Cool Berry dan adun pada bonjolan pipi dan warna yang sama saya gunakan pada bibir. Akhir sekali, saya suka guna Gloss Bomb rona Glass Slipper dan oles pada bibir untuk tambah kilauannya.

C: Yang mana satu warna kegemaran Rihanna? Dan yang mana kegemaran kamu?

P: Rihanna loves Daiquiri Dip – warna merah coral lembut ini nampak terang, tetapi bila diadun menampakkan bayangan coral yang paling cantik pada pipi. My personal favorite is Petal Poppin – warna baby pink lembut ini nampak cantik pada semua orang!

C: Pentingkah bentuk berus untuk mencapai kemasan yang sempurna untuk sesetengah produk solekan? Adakah Face Shaping Brush 125 khusus untuk tekstur krim sahaja?

P: Face Shaping Brush 125 mempunyai bentuk serong “sharktooth” yang beri kamu kawalan untuk blending dan sculpting bahagian wajah yang lebih besar seperti tulang pipi, dahi dan rahang. Berusnya tidak terlalu padat jadi ia boleh digunakan dengan tekstur krim ataupun bedak/debu.

C: Apa 5 produk must haves daripada Fenty Beauty?

P: 1 – Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation: Pilihan warnanya menakjubkan – Saya pasti temui warna yang paling sempurna untuk klien-klien saya. Kemasannya cantik dan menghasilkan asas soft matte untuk kulit wajah sempurna.

2. Gloss Bomb Universal Lip Luminizer: Ini glos bibir terbaik! Ia super menghidratkan dan warna-warnanya nampak menarik pada setiap ton kulit.

3. Match Stix: Saya boleh lakukan semuanya dengan ini. Ia sangat multifunctional dan bentuknya cukup sempurna untuk di bawa ke mana-mana.

4. Invismatte Blotting Powder: Saya guna sepanjang hari. Ia berikan kemasan soft blur yang sempurna, menyingkir minyak dan set solekan. Ia produk yang semua orang patut ada.

5. Face Shaping Brush 125: Bnetuk “sharktooth” memberi saya kawalan sementara memudahkan saya untuk adun krim dan bedak dengan sempurna.

C: How did you become the Global Makeup Artist for Fenty Beauty?

P: Ada beribu orang yang bertanding untuk posisi Fenty Beauty Global Artistry dan daripada 30 akhirnya tinggal tiga orang. Kami diberitahu kami akan merias wajah Rihanna dan saya tidak diberi arahan tentang gaya apa yang nak dihasilkan terlebih awal – mereka hanya beritahu sebaik saya melangkah masuk ke dalam bilik dan I had to go with it! Itulah kali pertama saya gunakan produk Fenty, memandangkan ia belum dilancarkan lagi. Saya harus padankan ton kulitnya on the spot dan saya sangat gementar! Tapi bila dia lihat dalam cermin dan dia cakap, “Wow my skin looks so good, you did such a good job!” dan saya fikir, ok I’m in. Dia asyik memuji saya dan saya rasa gembira! Itu adalah persediaan yang sangat bagus – bila saya bekerja dengan dia sekarang, pasti ada elemen sesuatu yang tak diduga serta tekanan.

C: Apa yang paling kamu suka bekerja untuk jenama ini?

This is my dream jobI get to glam the most influential woman of our era, Rihanna! Dan saya suka bagaimana produk Fenty Beauty memberi tumpuan kepada setiap perincian pada semua ton kulit. Saya dapati yang setiap satu peroduk nampak cantik pada semua orang!

Rihanna baru sahaja berkongsi satu lagi tutorial #FENTYFACE di mana dia menunjukkan bagaimana dia menghasilkan solekan Summer Fenty Face menggunakan koleksi Cheeks Out.

@fentybeauty             #fentybeauty             @badgalriri

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru