Jom Kenali Personaliti Wangianmu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
perfume

Jom Kenali Personaliti Wangianmu

Jika mahu memilih wangian yang tepat dan sesuai, kamu kenalah faham jenis wangian yang ada di pasaran. Jom kenali perbezaan antara eau de parfum dan eau de toilette.

perfume

Eau de Parfum
Campuran wangian asas dengan alkohol. Bagi parfum, 10 hingga 20 peratus bahan wangian dicampurkan dengan alkohol. Ini membuatkan haruman itu tahan lebih lama.

Cara guna : Kerana kandungan perfum agak tinggi, ia boleh disembur pada rambut dan pakaian kerana haruman ini akan ‘selimuti’ dirimu. Hanya guna beberapa titisan atau satu dua semburan saja. Ia lebih sesuai dipakai pada waktu malam kerana kamu kurang berpeluh pada waktu ini, jadi wangian pun tahan lebih lama.

 

Eau De Toilette 
Kandungan wangian asas dalam eau de toilette hanya empat hingga lapan peratus saja. Harumannya lebih ringan dan segar, namun ia tidak tahan lama. Baunya agak kuat pada semburan pertama tapi akan menghilang dengan cepat. Ia juga lebih murah kerana ada lebih kandungan alkohol.

Cara guna : Semburkan terus pada kulit selepas mandi untuk serlahkan kesegarannya. Gunakan wangian ini pada waktu siang kerana ia lebih ringan. Disebabkan ia tidak tahan lama, kamu boleh semburkan beberapa kali dalam sehari untuk kekalkan baunya.

 

Peraturan Ringkas Yang Kamu Perlu Tahu

1. Pilih wangian secara sensitif dan rasional – untuk musim apa, serta masa dan majlis yang ingin dipakai.

2. Guna secara minimal – jika kurang wangi boleh ditambah, tapi jika sudah terlebih sembur, susahlah kamu nak hilangkannya nanti.

3. Biar kamu yang memakai wangian, jangan pula wangian itu ‘memakai’ kamu!

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness