Jom Glamping Ala Cosmo! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jom glamping ala Cosmo!

Jom Glamping Ala Cosmo!

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse
Escape to nature! Cosmo cadangkan kamu ke sini selepas tamat PKP nanti…

Hanya 45 minit perjalanan dari kota Kuala Lumpur, di kaki bukit Genting Highlands yang sejuk. Ia pasti suatu kenangan yang tak dapat dilupakan bersama insan tersayang bila kamu berkelah di tepi sungai, barbeku unggun api (lengkap dengan marshmallow panggang), stargazing, menonton filem di bawah cahaya bulan, go on nature walks dan menikmati momen berada dekat dengan alam semula jadi.

Seluas tujuh hektar, pancaindera kamu sekali gus ditingkatkan dan ditenangkan dengan pemandangan pohon-pohon menghijau dan kebun buah-buahan yang harum. Di sini, burung-burung langka berlindung, rama-rama, kupu-kupu dan pepatung menari di tebing berbatu sepanjang sungai. Kamu bakal tidur nyenyak di sini, bersama ‘orkestra’ katak dan cengkerik dan bangun dengan alunan bunyi sungai yang menenangkan.

Tiarasa Escape telah dicipta untuk menawarkan pesona pengembaraan glamping. Bagi kamu yang ingin melarikan diri dari kota ke alam semula jadi, inilah penginapan baru kegemaran kamu! Ilham sutradara, penerbit dan pelakon wanita terkenal, Tiara Jacquelina – Tiara Escape dirancang dengan teliti dan penuh kasih sayang untuk dijadikan spot bersama keluarga, percutian romantis, makan tengah hari, percutian korporat, destinasi perkahwinan, acara khas dan sangat sesuai untuk waktu petang di tepi sungai menikmati Picnic Gourmet mereka!

Harga bilik antara RM990 hingga RM2,000 semalam serta pilihan penginapan dua bilik di khemah gaya safari dan treetop villas.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor