Jessica Jung Bakal Lancarkan Novel Debut, Shine Oktober Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jessica Jung Bakal Lancarkan Novel Debut, Shine Oktober Ini!

Bekas ahli kumpulan K-pop popular, Girl Generation – Jessica Jung teruja berkongsi pelancaran novel Shine untuk peminat di seluruh dunia berdasarkan pengalamannya sebagai bintang K-pop.
Foto: Qistina Jafril

~ Gee gee gee baby baby ~ Pernah dengar, kan? Sudah lebih 10 tahun lagu popular Girl Generation, Gee ini dikeluarkan. Tapi hari ini kita bukan nak bercerita tentang generasi kedua kumpulan K-pop ini ya.

Jessica Jung bukan setakat menyanyi, menulis lirik, modelling, berlakon, mengurus jenama fesyennya, BLANC & ECLARE dan bergelar ikon fesyen di Seoul. Malah, dia juga bakal debut sebagai pengarang pada Oktober ini. What else she can’t do though? Stan this boss lady!

Foto: Simon & Schuster

Dalam video ‘My Firsts’ di saluran YouTube JESSICA LAND miliknya, dia menjawab beberapa soalan daripada peminat-peminat, antaranya yang membangkitkan soalan tentang buku pertamanya, Shine. Ia telah menjadi satu kejutan buat mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya Jessica walaupun dia telah meninggalkan Girl Generation sejak tahun 2014.

“Shine was something I’ve been preparing for a long time. I’m the type who likes to keep things to myself until it’s ready. I’m sure you guys were surprised at first. The whole process took quite a while. I’ve always wanted to write a book. So what I thought a lot about was how K-pop has become very universal. And since I was living in the center of this K-pop world, I thought it would be interesting to take my experiences and use it as a foundation in writing this book. There were so many interesting things that happened in my life. And I wanted to share all of them with you guys. I worked really hard on it,” kata Jessica Jung.

Di bawah terbitan Simon & Schuster, novel Shine mengisahkan seorang gadis remaja Korea-Amerika berumur 17 tahun, Rachel Kim yang telah berjaya direkrut oleh DB Entertainment pada enam tahun dahulu iaitu salah satu label K-pop terbesar di Seoul yang melahirkan bintang-bintang K-pop popular dunia. Peraturan yang perlu diikuti oleh Rachel adalah berlatih 24/7, jadi sempurna. Tidak boleh date. Ia bukanlah sesuatu yang mudah baginya. Dengan skandal gelap dalam industri yang mengawal ketat gadis-gadis pelatih cantik ini, Rachel bertanya pada dirinya adakah dia mampu menghadapi konflik itu atau sebaliknya…khususnya apabila dia telah menaruh perasaan pada bintang K-pop dan DB golden boy, Jason Lee.

Jessica juga berkongsi sedikit tentang babak pertama dalam novel tersebut di video YouTube.

“The first part I wrote was a scene where Rachel and her fellow members were being interviewed. They were sitting side by side with perfect smiles on their faces. Despite the tension resulting from the unknown. This book talks about the process of becoming a K-pop star. About love and relationships, jealousy, etc…” kongsi Jessica.

Foto: Instagram @jessica.syj

Nampaknya, Jessica akan spill the tea (secara tidak langsung) mengenai bahagian sisi gelap industri K-pop yang sangat terkenal di seluruh dunia pada masa kini. Cosmo ingin tahu juga bagaimana K-idol bercinta dalam diam, yang mungkin diketengahkan dalam novel ini. Sebab peraturan dating dalam industri K-pop agak tidak masuk akal TBH.

GIF: Giphy

Fun fact: Kumpulan K-pop Rachel Kim terdiri daripada sembilan ahli dalam Shine… Hmm, agak menarik apabila difikirkannya kerana bilangan ahli kumpulan Girl Generation pun sama juga (sebelum Jessica keluar.)

Rujukan: YouTube Jessica Land & simonandschuster.com