Jennifer Aniston Pecah Rekod Dunia, Raih 1 Juta Pengikut Dalam Masa Terpantas!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jennifer Aniston Pecah Rekod Dunia, Raih 1 Juta Pengikut Dalam Masa Terpantas!

Slow poke, but it is better late than never. Bintang siri popular, Jennifer Aniston baru sahaja menyertai Instagram dan dia mencipta rekod dunia apabila meraih 1 juta pengikut dalam masa hanya lima jam dan 16 minit!
View this post on Instagram

And now we’re Instagram FRIENDS too. HI INSTAGRAM ??

A post shared by Jennifer Aniston (@jenniferaniston) on

Rekod itu yang diiktiraf dalam Guinness World Records berjaya menyaingi rekod yang dipegang oleh akaun rasmi Puter Harry dan Meghan Markle. Akaun pasangan kerabat British itu yang bernama @sussexroyal, sebelum ini meraih 1 juta pengikut dalam masa lima jam dan 45 minit selepas mula mendaftar akaun Instagram pada April lalu.

Foto pertama yang dimuat naik Jennifer adalah gambar selfie bersama teman seperjuangannya dalam siri Friends iaitu Lisa Kudrow, Courteney Cox, Matt LeBlanc, David Schwimmer dan Matthew Perry. Jennifer adalah bintang terakhir dari siri Friends yang memiliki akaun Instagram.

Foto pertama Jennifer itu juga sehingga kini telah meraih lebih 12 juta likes dan pengikutnya juga melonjak naik sehingga hampir 12 Juta dalam masa dua hari! Keep on posting photos on your feed Jen, we cant wait to see it!

Featured image: tpgimages.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness