Jayakan #BluincIWD2020 Bersama Kami! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Jayakan #BluincIWD2020 Bersama Kami!

Mac adalah bulan istimewa untuk kita semua! Pasti banyak bunga yang kamu terima ditambah kata-kata semangat mengangkat kewibawaan kamu sebagai seorang wanita yang tak kenal erti berputus asa. Cosmo ingin ucapkan Selamat Hari Wanita buat kamu semua!

Bersempena Hari Wanita Sedunia 2020, tentulah Cosmo tidak mahu ketinggalan. Antara inisiatif yang dibanggakan adalah Cosmo Woman of the Year 2020 dan juga #BluincIWD2020.

Pasti kamu semua tertanya-tanya siapa yang bakal dinobatkan sebagai Cosmo Woman of the Year 2020, kan? Kami sudah menyenarai pendek kepada lima wanita hebat di akaun Instagram Cosmopolitan setakat hari ini. Tunggu tanggal 8 Mac untuk ketahui nama hebat yang mengungguli anugerah utama pilihanmu!

Terima kasih tak terhingga buat Cosmoholics yang sudah mengundi! Sekarang, untuk lebih mengujakan, tunjukkan sokonganmu di Pavilion dengan on ground activation bermula hari ini sehingga 22 Mac 2020!

Sempena Hari Wanita Sedunia 2020, Blu Inc Media telah meletakkan lima dinding interaktif di pelbagai lokasi antaranya Aras 3 dan Dining Loft tingkat 7 di Pavilion Kuala Lumpur. Ambil gambar dengan latar belakang dinding tersebut dan kamu berpeluang untuk memenangi produk @kosemy dan @fossil bernilai RM500 setiap satu! (5 hadiah Fossil berupa dompet dan penanda beg bernilai RM500 setiap satu & 5 hadiah Kose bernilai RM500 setiap satu). Untuk tahu bagaimana kamu boleh menangi hadiah menarik, ikuti update kami di @cosmopolitanmy!

Last but not least, filem pendek yang dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Sharifah Sakinah dan Jasmine Suraya Chin juga akan menemui kamu di semua platform media sosial pada 8 Mac 2020 ini. Nantikan ya! 

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor