Jasmine Suraya, Sharifah Sakinah Dan Sangeetha Krishnasamy Dalam Stand Together
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jasmine Suraya, Sharifah Sakinah & Sangeeta Krishnasamy Bersatu Dalam Stand Together

Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Blu Inc menghasilkan satu filem pendek berjudul Stand Together.

Filem ini berkisar tentang tiga wanita – Mia, Geetha dan Soo – yang berdepan dengan cabaran menjadi seorang wanita. Pada satu hari, takdir menemukan mereka dan segalanya berubah selepas itu.

Mesej filem ini adalah salah satu solidariti wanita. Ia bertujuan untuk menyeru wanita sokong satu sama lain dan diri sendiri.

Filem pendek ini dibintangi tiga pelakon hebat negara: Jasmine Suraya, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Ia akan dikeluarkan di semua platform digital Blu Inc.

Projek ini juga telah ditaja oleh jenama-jenama hebat seperti Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia. Tajaan lokasi pula adalah daripada Jibby by The Park dan Common Ground.

Filem ini akan ditayangkan pada 8 Mac 2020 sempena Hari Wanita Sedunia 2020. Nantikan okey?

Check out this teaser! #StandTogether #IWDBluInc2020

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker