Jangan Jadi Mangsa! Lakukan Ini Jika Kamu Depresi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Jangan Jadi Mangsa! Lakukan Ini Jika Kamu Depresi

Jangan Jadi Mangsa! Lakukan Ini Jika Kamu Depresi

Ya, hidup memang tak lepas daripada dugaan. You can’t ignore it, mahu atau tidak kamu kena hadapinya. Jika kamu rasa depresi dengan masalah yang melanda, cuba lima perkara positif ini untuk tenangkan minda dan jiwa yang bercelaru.

Jangan Jadi Mangsa! Lakukan Ini Jika Kamu Depresi

Foto: Depositphotos

Take Your Time

Cosmo tahu saranan ini terlalu klise, tapi betul, kamu kena beri masa kepada diri sendiri untuk berfikir. Tak salah untuk luahkan segala yang terbuku di hati, menangislah sepuas hati jika ia dapat meredakan masalah kamu. Hindari media sosial buat sementara waktu kerana ia boleh menambah kekusutan di minda. Cuba hobi yang selama ini kamu tinggalkan kerana sibuk – memasak, karaoke, mengunjungi pameran seni, menari dan sebagainya. Treat your soul well, not just your body.

Ingat, Kamu Tidak Bersendirian

Jangan anggap tiada siapa pedulikan kehadiran kamu di dunia ini dan menjalin hubungan dengan orang lain adalah perbuatan yang sia-sia. Perkara negatif yang bermain di fikiran kamu itu hanyalah fantasi. Jika kamu rasa tak ada teman yang memahami, tentu kamu ada keluarga yang mengambil berat tentang keadaan kamu. Kamu boleh luahkan segala masalah kepada mereka untuk bebaskan minda daripada perkara negatif.

Pergi Beriadah

Aktiviti paling baik untuk jiwa dan raga! Ia mampu membantu kamu melupakan masalah sekelip mata, apatah lagi kalau badan sudah terasa penat. Selain bersenam, kamu boleh cuba yoga yang sangat bagus untuk mengawal minda dan pemikiran. 

Makan Hidangan Yang Membantu Mengurangkan Depresi

Makanan mampu mempengaruhi dan memperbaiki stress serta depresi. Jika kamu kurang mengambil makanan berkhasiat, daya tahan tubuh boleh merosot sehingga menyumbang kepada sakit kepala, sakit badan dan sebagainya. Kamu boleh semak senarai makanan yang mampu menangani tekanan dan depresi di sini.

Berjumpa Pakar

Jika kamu rasakan semua tip ini tidak membantu, masanya untuk berjumpa pakar psikologi. Dapatkan bantuan daripada klinik atau hospital terdekat, jangan sampai ia memakan diri kamu!

Artikel asal: Nadhifa Arundati (cosmopolitan.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor