Jam Tangan Paling Pop, Bold dan Stylish! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jam Tangan Paling Pop, Bold dan Stylish!

Be fashionably on time dengan jam tangan paling stylish musim ini.

Skagen tampil dengan koleksi jam tangan terbaru Skagen Aaren Kulør yang menampilkan ciri-ciri rekaan Danish seperti timeless, moden dan minimal jitu kepada DNA jenama jam tangan antarabangsa, Skagen.

Skagen Aaren Kulør

Jam tangan Aaren Kulør diilhamkan daripada rumah pelabuhan bersejarah di Copenhagen. Selama lebih 300 tahun, rumah berwarna-warni ini yang menjadi pusat perhimpunan, perkongsian dan menikmati kehidupan – menjadi teras kepada ciri-ciri jam tangan Skagen Aaren Kulør.

Jam tangan istimewa ini menampilkan kes aluminium 41mm & 36mm dengan sandblasted dial, indeks linier dan teratur, dua pergerakan tangan dan subdial pengesanan kedua di nombor enam jam.
Pembinaan pin pelepasan pantas menjadikannya mudah untuk menukar tali silikon dengan mana-mana tali 20mm dan 16mm.

Skagen Aaren Kulør Neon

Kamu juga boleh dapati koleksi jam tangan warni-warni ini dalam trend rona paling IN musim ini – NEON! Ia pastinya akan mencuri perhatian orang disekeliling kamu dan menyambut cinta penggemar fesyen kepada warna. Lima rona pop neon ini juga jadikan setiap stail kamu lebih on-point dan jadikan dunia tempat yang lebih ceria.

Koleksi jam tangan Skagen Aaren Kulør dijual pada harga RM470, dan boleh didapati di Parkson Pavilion, Parkson Mahkota, Parkson Ipoh, Parkson Nu Sentral, Aeon Midvalley, Lazada dan Zalora.

Peraduan Skagen Hoptimist

Beli jam tangan Aaren Kulør dan berpeluang untuk memenangi set Hoptimist® bobblehead figurines. Peraduan akan berakhir 31 Ogos 2019. Klik untuk sertai sekarang!


Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva