Izzue Islam Selesa Solo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Izzue Islam Selesa Solo

Pelakon dan penyanyi kacak ini hadir ke studio ditemani isteri yang juga pengurusnya, hmm, bagaikan belangkas!

“Saya selesa diuruskan isteri, dia lebih mengenali saya,” jelasnya yang akhir-akhir ini sering membawa watak antagonis dalam drama lakonannya. Tak rindu nak jadi hero? Saja Cosmo mengusik. “Rindu juga tapi kalau pengarah percaya saya boleh bawa watak antagonis dengan baik, saya berikan yang terbaik,” katanya tersenyum.

Buah Tangan Terbaru

Ternyata, rezeki menyebelahi jejaka kacak ini selepas mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Forteen. Walaupun hubungan Izzue dan bekas ahli kumpulannya baik-baik saja, Izzue tetap mahu bergerak solo. “Alhamdulillah, rezeki datang tanpa henti. Tak kiralah dari segi lakonan mahupun nyanyian. Terbaru, saya tampil dengan single solo keenam ciptaan sepenuhnya oleh Lian berjudul Kau – merujuk kepada kuasa netizen di media sosial. Tak dinafikan netizen mampu
menaikkan dan menjatuhkan seseorang.” Cosmo sendiri sudah tonton
muzik video ini di YouTube, rata-rata komen yang diberikan positif. Lagu ini juga turut menjadi soundtrack filem XXRAY 3 yang ditayangkan Januari lalu.

Beri 110% Komitmen

“Untuk kekal relevan dalam industri, saya harus berikan 110% komitmen dan tanggungjawab dalam setiap perkara, juga sentiasa tampilkan kelainan. Bila ada kelainan, peminat akan ingat kerana ia memberi kesan dalam hati mereka. Kalau boleh saya mahu diingati kerana kejayaan dan bukan gosip semata-mata,” ujarnya lagi. “Antara momen yang tak dapat saya lupakan adalah merangkul beberapa anugerah. Namun ia tak mampu tandingi pencapaian terbesar saya bila dapat banggakan mak ayah yang tak henti-henti menyokong kerjaya seni saya, juga isteri yang melihat jatuh bangun saya selama ini. Selain itu, saya berjaya buktikan pada mereka yang jalan yang dipilih ini bukanlah sia-sia,” tambahnya yang sering berkongsi ucapan romantis kepada isteri di media sosial.

Yakin Dengan Pilihan Isteri
Ketika sesi penggambaran ini diadakan, Izzue baru saja memotong rambut ala artis K-Pop. “Sebenarnya, saya rabun warna. Jika memilih pakaian, isteri lebih pakar. Awin akan pastikan warna dan potongannya sesuai dengan tubuh saya. Gaya rambut juga mainkan peranan utama. Biasanya saya akan tukar stail rambut dua atau tiga bulan sekali. Gaya rambut ala K-Pop ni serasi tak dengan saya?” soalnya sambil tersenyum. Hmm, Cosmo rasa dia nampak lebih segak!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist