Isi Hati Teman Lelaki Si Workaholic - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Isi Hati Teman Lelaki Si Workaholic

Isi Hati Teman Lelaki Si Workaholic

Ketika kamu terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan penghubungan cintamu, pernah tak kamu terfikir apa yang bermain dalam minda si jejaka? Cosmo rungkaikan.

Mahukan Lebih Perhatian

Lelaki kalau kurang diberi perhatian confirm akan cari lain! Jangan sampai sibuk di pejabat menjadi asalan si dia ‘angkat kaki’ pula. Kamu workaholic, kan? So, be professional. Kamu sepatutnya pandai seimbangkan hal kerja dan peribadi. Kamu pun pasti mahukan perhatian daripada si dia juga, kan?

Benci Diperlekeh

Bekerja lebih masa untuk gaji yang lebih, itu saja alasannya. Jika pendapatan kamu lebih tinggi daripada pasangan dan selalu offer untuk bayar makanan ketika berjanji temu, si dia boleh berasa tercabar. Berpada-padalah ya…

Cemburu Dengan Telefon Kamu

Ini adalah cinta tiga segi antara kamu, dia dan telefon pintar kamu. Kamu asyik periksa mesej dan e-mel kerja ketika berjanji temu, menonton wayang, juga kala bersama teman-temannya… Stop! Takkan setiap masa si dia perlu suruh kamu simpan telefon?

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist