Isi Hati Sharnaaz Ahmad - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Isi Hati Sharnaaz Ahmad

Spekulasi demi spekulasi mengenai rumah tangganya timbul apabila Sharnaaz memuat naik post dan stories yang mengundang tanda tanya followers di Instagram. Dan hasil carian mendapati, Sharnaaz dan Nabila tidak lagi follow akaun satu sama lain.

Hubungan Kembali Mekar

Tapi, Aidilfitri ini amat bermakna buat jejaka kelahiran Pulau Pinang kerana mereka berdua dilihat memuat naik gambar masing-masing di akaun Instagram bersama anak mereka, Jayden Jebat Ahmad. Dan Sharnaaz begitu teruja bercerita mengenai Jayden kala wawancara ini. “Ya, Jayden merubah segalanya. Hidup saya berubah 360 darjah dan paling penting, saya rasa lebih tenang melayari kehidupan bila ada anak di sisi. Fokus saya adalah menyediakan dan merancang masa depan Jayden. Diam tak diam, Jayden genap sembilan bulan Jun ini dan dia sudah pandai merangkak,”cerita Sharnaaz tersenyum lebar. Tak dinafikan, ada sinar kebahagiaan terpancar di wajahnya setiap kali menyebut nama Jayden.

Sering Disalah Erti

Saban hari ada saja status jejaka ini media sosial yang buat netizen tak duduk diam. “Hal ini bukan baru, sejak zaman saya bercinta dengan Shila Amzah lagi. Saya bukan jenis manusia yang suka menunjuk atau menjadikan media sosial sebagai portfolio. Ia milik saya dan saya mahu menjadi lebih transparent dengan peminat. Rasanya tak salah kerana itu hak saya. Selain mempromosikan drama di media sosial, saya juga berkongsi hal peribadi seperti aktiviti yang dilakukan, gambar Jayden, hobi dan sebagainya. Bila saya rasa tak puas hati, saya lebih senang berterus-terang daripada pendam memendam dalam hati,” ceritanya tegas berprinsip.

Projek Terbaru

Jika tahun lalu fokusnya pada keluarga, kini Sharnaaz kembali aktif berlakon kerana ada tanggungjawab yang lebih besar untuk menyara keluarga. Cosmo turut rindu melihat lakonan Sharnaaz di kaca televisyen. “Siri original terbitan Viu memberikan pengalaman menonton yang berbeza. Pada saya, kita sering disajikan dengan drama santai yang terlalu mudah untuk dihadam. Dalam drama terbaru ini, saya memegang watak Iskandar yang berkisar tentang lelaki yang pandai berbicara dan merekrut pengikut-pengikutnya menerusi percakapan. Bagaimanapun prinsipnya tidak melibatkan agama, cuma lebih kepada cara berfikir dalam kalangan masyarakat moden.”Bagaimana jalan ceritanya? “Drama ini memerlukan penonton banyak berfikir dan menganalisis jalan cerita untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan. Selain isu pemahaman berbeza, ada juga isu berat yang dipaparkan termasuklah isteri mengambil alih tugas suami dan pergi bekerja, sementara si suami duduk di rumah. Kelainan yang dibawakan drama Devoted mampu memberi impak baru dalam industri hiburan, terutama dalam produksi drama tempatan,” katanya.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist