Irina Shayk Dedah Kisah Hubungan Bersama Bekas Kekasih, Bradley Cooper
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Irina Shayk Dedah Hubungan Bersama Bekas Kekasih, Bradley Cooper

Irina Shayk Akhirnya Buka Mulut Tentang Hubungannya Bersama Ex-BF, Bradley Cooper

Sehingga kini peminat masih bersedih dengan perpisahan Bradley Cooper dan Irina Shayk. Sejak berpisah, Bradley dan Irina masih belum memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Irina Shayk Dedah Hubungan Bersama Bekas Kekasih, Bradley Cooper
Foto: Glamour Russia

Tetapi, baru-baru ini Irina telah mendedahkan kepada British Vogue tentang kehidupannya setelah berpisah dengan Bradley. Dia berkata dia masih menyesuaikan diri untuk hidup sendiri. “Hidup tanpa Bradley adalah sesuatu yang baru,” jelasnya. “Sukar untuk menjadi ibu tunggal dan wanita bekerjaya pada masa yang sama. Percayalah, ada waktunya saya bangun pagi dan berkata, oh my God, saya tak tahu nak buat apa, I’m falling apart.”

Image result for irina shayk bradley
Foto: eonline.com

“Saya rasa untuk semua perhubungan yang bagus, kamu bawa bersama ciri-ciri terbaik dan kekurangan kamu. Itu adalah sifat semula jadi manusia,” tambah Irina. “Two great people don’t have to make a good couple. Saya rasa sangat bertuah dapat mengenali Bradley.”

Persoalannya, adakah mereka akan bersama semula? Hmm, mungkin tidak. Dalam temu bual tersebut, Irina berkata dia tidak ingin kembali bersama Bradley. “Saya mempunyai personaliti yang kuat dan tidak mudah mengubah keputusan. Dan saya rasa sesetengah lelaki takut dengan itu,” jelasnya. “If somebody’s out of my life, they’re out of my life and I really cut all the ties, you know?”

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker