Inisiatif Hebat Nana Mahazan Sempena Hari Wanita Sedunia 2020
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Inisiatif Hebat Nana Mahazan Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Congratulations Nana Mahazan atas bengkel pertamanya tentang wanita, 3S Workshop by Nana Mahazan yang diadakan pada 7 Mac lalu.

Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, selebriti terkenal tanah air, Nana Mahazan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu bengkel khusus untuk para wanita di luar disana. Cosmo sangat bangga dengan inisiatif Nana ini. Good job, girl!

Nana berkongsi pengalaman hidup bersama peserta 3S Workshop.

Bengkel ini telah diadakan di @ispace TTDI yang berlangsung selama empat jam. Nana menjemput tiga speakers dari latar belakang yang berbeza untuk memberikan talk tentang wanita, antaranya Puan Juzailah Shariff daripada Seri Lady, Ms. Joyce Ooi daripada Neubodi, Teacher Ken dan sudah tentu Nana Mahazan sendiri.

Fara Fauzana antara rakan selebriti yang hadir memberi sokongan.

Bengkel ini sangat bermanfaat kepada wanita kerana banyak input yang diterima oleh mereka. Rata-rata peserta yang hadir ke bengkel tersebut sangat berpuas hati dan gembira dengan bengkel ini. Banyak yang telah mereka pelajari seperti membina keyakinan diri, bagaimana menjadi seorang wanita yang lebih hebat, bagaimana menjadi ibu bapa yang lebih berdedikasi dan sebagainya.

Mereka juga teruja ingin menyertai bengkel ini di masa hadapan! So Cosmo harap Nana akan anjurkan lagi bengkel seperti kerana ia platform yang bagus untuk membantu para wanita.

Nana bersama barisan speakers dan peserta yang hadir ke bengkel 3S Workshop.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker