Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Ovulasi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Ovulasi

Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Ovulasi

Apabila Cosmo menerima berita tentang side effect ovulasi, kami tahu ia penting untuk dikongsikan dengan kamu. Tolong baca agar kamu kekal sihat dan selamat.

Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Ovulasi

Foto: Depositphotos

Ketika wanita sedang ovulasi, ia memberi kesan sampingan hebat pada tubuh. Beberapa hari sebelum haid atau ketika minggu subur, nafsu seks kamu meningkat secara mendadak. Pada masa itu ramai wanita melaporkan mereka berasa lebih bersemangat dan energetic.

Tetapi, hati-hati ya kerana masa sama ada hal kurang menyenangkan berlaku.  Kamu kemungkinan lebih senang terdedah pada jangkitan. Penyelidikan baru mendapati peningkatan tahap estrogen sebelum dan semasa ovulasi boleh menurunkan tahap imuniti wanita. Ini bermaksud kamu lebih senang dijangkiti apa-apa pathogen seperti selesema jika terdedah pada penyakit itu. Namun, memandangkan libido kamu sedang ‘melonjak’ kamu mungkin lebih aktif di kamar dan ini pula boleh membawa risiko jangkitan kelamin. Satu penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini membuat kesimpulan kamu mungkin akan  lebih senang terkena jangkitan kuman atau jangkitan yis waktu ini.

“Menyokong penyelidikan terdahulu, yang mana menunjukkan semasa di pertengahan kitaran, imuniti tubuh menjunam dan sukar bagi sistem tubuh kamu melawan virus STD seperti HPV dan HIV,” kata Miguel Relloso, PhD, pengarang bersama penyelidikan.

Pakar sakit puan mengesahkan lebih ramai mengalami masalah bahagian sulit selepas ovulasi. “Saya sering bertemu dengan pesakit wanita yang terkena jangkitan STD dan pelbagai masalah jangkitan kuman pada vagina selepas minggu ovulasi,” jelas Alyssa Dweck, pengarang bersama V is for Vagina yang juga pakar sakit puan. “Kala ini masalah ketuat kemaluan juga timbul semula.”

Ya, mungkin kamu tak boleh nak melawan kitaran semula jadi tubuhmu. Tapi, kamu boleh usaha untuk kekalkan tubuh yang cergas dan sihat agar sistem imuniti berfungsi dengan baik. Dengan cara ini kamu dapat mengelak daripada dijangkiti bakteria atau virus jika terdedah semasa ovulasi. “Amalkan pemakanan sihat, tidur cukup dan jangan merokok. Walau sudah banyak kali kamu mendengar nasihat sebegini tetapi percayalah mengamalkan gaya hidup yang sihat boleh bantu mencegah pelbagai jangkitan yang tak diingini,” kata Dr Dweck. Dan gunalah kondom jika kamu risau takut-takut suamimu mungkin ada jangkitan. Dengan memakai kondom kamu pasti dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor