Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang GERD
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang GERD

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Kamu pernah rasa pedih di bahagian tekak atau lebih spesifik, saluran esofagus seakan-akan hendak muntah dan sangat perit seperti ada sesuatu di tekak? Atau kamu berasa pedih ulu hati? Hmm, kamu mungkin mempunyai gastroesophageal reflux disease (GERD).
Segala Kamu Perlu Tahu Perihal GERD
Foto: 123rf

Siapa suka makanan pedas, berlemak, berasid dan berangin, angkat tangan? Rata-rata rakyat Malaysia memang gemar makanan seperti ini. Tahukah kamu ia memberi kesan tidak baik kepada tubuh lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja selesai makan. Tidak ramai yang menyedari bahawa mereka menghidap penyakit penyakit refluks gastroesofagus sehinggalah badan beri tindak balas yang kurang senang setiap kali lepas makan atau beberapa jam selepas makan.

Akan tetapi, penyakit ini boleh dicegah. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah refluks asid perut ke dalam esofagus melalui spinkter esofagus yang lebih rendah (LES), yang boleh merosakkan lapisan esofagus dan membawa kepada pelbagai penyakit termasuk kanser tekak.

Apa Itu GERD?

Ia terjadi apabila injap otot pada hujung esofagus tidak ditutup dengan betul. Esofagus adalah tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut. Ini membolehkan kandungan perut kembali semula, atau refluks, ke kerongkong dan membuatkan penghidap merasa pedih. Kamu mungkin merasakan pembakaran di dada atau tekak yang dinamakan sebagai pedih ulu hati. Kadangkala, kamu boleh merasakan bendalir perut di bahagian belakang mulut. Jika kamu mempunyai simptom ini lebih daripada dua kali seminggu, kamu mungkin mempunyai GERD. Kamu juga boleh mempunyai GERD tanpa pedih ulu hati. Gejala kamu boleh termasuk batuk kering, asma atau masalah menelan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert