Ini Sebabnya Lelaki Tak Suka Teman Kamu Pergi Shopping - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Sebabnya Lelaki Tak Suka Teman Kamu Pergi Shopping

Ini Sebabnya Lelaki Tak Suka Teman Kamu Pergi Shopping

Si dia selalu beri alasan bila kamu ajak ke shopping mall. Apa maksud sebenar di sebalik alasannya itu? Teruskan membaca…

Ini Sebabnya Lelaki Tak Suka Teman Kamu Pergi Shopping

Foto: Depositphotos

Bosan – Si dia berasa bosan kerana terpaksa ‘tawaf’ satu mall untuk mencari barang idaman kamu. Lebih menyedihkan setelah habis ‘tawaf’, akhirnya kamu kembali ke kedai pertama untuk membeli.

Pembaziran – Lumrah wanita beli benda yang tak diperlukan atau yang sudah ada namun warna berlainan. Tambah lagi bila nampak perkataan diskaun atau promosi. Jejaka merasakan ia aktiviti yang mengundang pembaziran.

Buang masa – Daripada teman kamu berbelanja, lebih baik dia menemani ibunya ke pasar raya membeli barang dapur. Si dia tak ada masa nak dengar celoteh kamu bandingkan harga.

Banyak Bertanya – Kalau tanya pendapat sampai 10 kali, kami pun menyampah nak teman kamu membeli-belah!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor