Ini Sebabnya Kenapa Nora Danish Tidak Mahu Wang Hantaran
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
nora danish nedim kahwin

Ini Sebabnya Kenapa Nora Danish Tidak Mahu Wang Hantaran

Nora Danish dan pasangannya Nedim Nazri pernah memberitahu bakal berkahwin pada tahun lepas. Tetapi majlis tersebut ditunda dan sehingga kini masih belum diketahui tarikh sebenar perkahwinan mereka? Jadi ke tidak?

nora danish nedim kahwin

Menerusi BH Online, Nora, 34 berkata dia dan Nedim berharap mereka akan disatukan tahun ini juga. Mungkin peminat mengharapkan majlis itu nanti akan diadakan secara besar-besaran, sebesar nama Nora dalam industri hiburan. But guys, sadly it is not gonna be as big as you wish! Nora mahu majlis diadakan secara sederhana.

nora danish nedim kahwin

“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti. Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin,” kata Nora.

Menurut Nora, perkahwinan yang akan menjadi kali kedua buat dia dan Nedim selepas berpisah dengan bekas pasangan masing-masing ini juga mungkin hanya dijalankan secara sedererhana. Nora tidak mahu sebarang majlis bertunang termasuk tiada wang hantaran. ‘Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” jelas Nora.

nora danish nedim kahwin

 

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut kenapa dia tidak meminta wang hantaran daripada pihak lelaki, seperti yang dilakukan oleh adat Melayu. Apa-apa pun Cosmo berharap segala yang dirancang oleh Nora dan Nedim berjalan lancar.

Dalam perkembangan terbaru, Nora kini mencuba nasib menjadi penyanyi selepas trend pelakon menjadi penyanyi (seperti Fazura dan Janna Nick) semakin diterima oleh peminat. Nora berkolaborasi dengan penyanyi rap, Waris menerusi lagu Ini Lagi Boom dengan kerjasama KRU dan Mixology Music.

Foto: Instagram.com/noradanish

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness