Ini Rupanya Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Rupanya Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock

Ini Rupanya Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock

Tabir suria adalah produk  penting dan wajib digunakan sehari-hari untuk menjaga kulit daripada sinar UV. Tapi mana satu pilihan kamu – sunscreen atau sunblock? Dan apa perbezaannya? Cosmo huraikan…

Ini Rupanya Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock

Foto: Depositphotos

1. Cara produk bekerja

Walaupun keduanya seakan sama, sunscreen dan sunblock bekerja dengan cara  berbeza: Sunscreen adalah tabir suria kimia manakala sunblock adalah tabir suria fizik. Sunscreen menembusi lapisan kulit dan menapis sinar UV dari dalam agar tidak merosakkan lapisan kulit. Jika sunscreen merawat kesihatan kulit dari dalam, sunblock pula mencipta lapisan pada bahagian permukaan kulit untuk menghalang sinar UV.

2. Bahan kandungan

Bahan kandungan tabir suria menjadi salah satu penentu sama ada produk tersebut adalah sunscreen atau sunblock. Pada umumnya, sunscreen mengandungi kompaun organik yang dapat menjaga kulit daripada sinar UVA seperti oxybenzone, avobenzone, octisalate, octocrylene, homosalate dan octinoxate. Sunblock juga mengandungi bahan kimia, tapi bahan kandungan yang membezakan kedua produk ini adalah zinc oxide atau titanium oxide.

View this post on Instagram

#온가족선크림 을 찾으신다면 벤튼의 '파파야 D 선크림' PICK♥ ▶ bentoncosmetic.com . 매일 매일 사용하는 선크림 무겁고 답답하다면? . 선크림 유목민들의 고민을 벤튼이 해결해드립니다. . 약산성 저자극 제품으로 데일리로 사용 가능한 선크림 . 무더운 여름철 우리 가족의 피부를 보호해주세요. ————————————— If you are looking for a sun screen lotion for the whole family, Choose Benton’s ‘Papaya-D Sun Cream’ ♥ ▶ bentoncosmetic.com . If the sun block that you use every day is thick and stuffy, Benton is here to help. . Dermatologically tested and mildly acidic, daily sun screen lotion. . Protect your family’s skin in the hot summer.

A post shared by 벤튼 공식/ Benton Inc. Official (@bentoncosmetic) on

3. Fungsi produk

Tidak disangkal lagi, sunscreen dan sunblock berfungsi untuk menjaga kulit daripada sinar matahari, tapi tahukah kamu jenis sinar matahari yang ditapisnya juga berbeza? Yup, kelebihan utama sunscreen adalah keupayaannya untuk menjaga kulit daripada sinar UVA, jenis sinar UV yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan dalam jangka lama boleh menyebabkan kanser kulit.

Berbeza dengan sunblock, kebanyakan tabir suria jenis ini memberi fokus terhadap perlindungan kulit daripada sinar UVB. Ia mempunyai gelombang yang lebih pendek berbanding sinar UVA, dan disebabkan itu, tabir suria jenis kimia seperti sunscreen lebih berkesan untuk menangkis sinar UVA yang mampu menembus lapisan kulit hingga ke lapisan dalam.

Namun ini bukan bermakna sunscreen dan sunblock hanya melindungi kulit dari satu jenis sinar UV saja. Pilihlah tabir suria yang mempunyai label ‘broad spectrum‘, yang bermakna produk tersebut mampu menjaga kulit daripada sinar UVA dan UVB.

4. Tekstur produk

Sunscreen biasanya memiliki tekstur yang lebih ringan, manakala tekstur sunblock pula lebih berat, berminyak, dan sering meninggalkan sisa putih (white cast) pada kulit wajah.

Jadi, yang mana lebih bagus untuk kulit?

Bergantung pada jenis kulit kamu! Sebenarnya kedua-dua sunscreen dan sunblock sama bagus, tapi kamu perlu pilih mengikut kesesuaian kulit – dan pastikan ia tidak menyebabkan iritasi. Tip Cosmo: Untuk kamu yang memiliki kulit berminyak atau berjerawat, gunakan sunscreen kerana teksturnya lebih ringan.

Satu lagi tip: Jika kamu mencari tabir suria untuk dipakai setiap hari, sebaiknya gunakan sunscreen. Namun untuk aktiviti outdoor seperti berada di pantai, sebaiknya gunakan sunblock yang berkesan mencegah kulit daripada terbakar.

Artikel asal: Shamira Natanagara (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor