Ini Punca Perpisahan Rihanna Dan Hassan Jameel
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Punca Perpisahan Rihanna Dan Hassan Jameel

Ini Rupanya Punca Perpisahan Rihanna & Hassan Jameel

Seluruh peminat Rihanna sangat terkejut dengan berita perpisahannya bersama Hassan Jameel dan mereka masih menantikan apakah penyebab kepada perpisahan ini.
Ini Punca Perpisahan Rihanna Dan Hassan Jameel
Foto: Fenty

Berdasarkan sumber daripada People, Rihanna dan Hassan berpisah kerana mereka mempunyai tujuan hidup yang berbeza. “Kehidupan mereka sangat berbeza dan ia sangat susah untuk mempunyai hubungan,” kata sumber tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Rihanna merupakan ikon fesyen, beauty entrepreneur, penyanyi dan pereka baju manakala Hassan pula businessman yang bekerja dengan Toyota. Mereka berdua sangat kaya tetapi kerjaya mereka sangat berbeza.

Image result for rihanna hassan jameel
Foto: emirateswoman.com

Rihanna pernah bercakap tentang Hassan sebelum ini yang dia memang mencintainya tetapi masih tidak pasti jika dia ingin mengahwininya atau mempunyai anak bersama. “Only God knows that, girl. We plan and God laughs, right?” jelas Rihanna kepada Interview Magazine.

Kini, Rihanna dikatakan sedang rapat dengan teman lamanya, A$AP Rocky dan Drake. Peminat mula mengharapkan supaya Rihanna akan bercinta dengan salah seorang daripada mereka tetapi jangan mengharap sangat, okey! Rihanna mungkin ingin single buat masa sekarang.

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker