Ini Kebaikan Sauna Untuk Tubuh Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Kebaikan Sauna Untuk Tubuh Kamu

Ini Kebaikan Sauna Untuk Tubuh Kamu

Kamu suka bersauna? Bagus! Ini kebaikannya untuk tubuh yang mungkin kamu belum tahu…

Ini Kebaikan Sauna Untuk Tubuh Kamu

1. Membantu menyingkir stress

Ramai penggemar sauna mengakui ia membantu mengurangkan stress. Suasananya yang hangat dan sunyi tanpa gangguan ideal untuk kamu cari ketenangan. Kehangatan sauna juga mampu merelakskan otot tubuh, melancarkan peredaran darah dan merangsang pengeluaran endorfin iaitu hormon gembira dari tubuh.

2. Melegakan otot dan sendi

Ketika tubuh merembeskan endorfin, hormon tersebut juga mengurangkan sakit otot dan lenguh-lenguh setelah bersenam atau bersukan. Kala suhu tubuh naik di sauna, peredaran darah akan semakin lancar dan tubuh akan pulih dengan pantas.

3. Menyingkir toksin dari tubuh

Kamu jarang bersenam dan banyak habiskan masa indoor? Selain bersenam, kamu juga boleh keluarkan peluh secara efektif dengan bersauna. Menurut pelbagai kajian, deep sweating di dalam sauna dapat mengurangkan tahap toksin yang masuk ke dalam sistem tubuh menerusi aktiviti seharian. It’s detox time!

4. Membersihkan kulit

Mandi wap panas adalah salah satu rutin kecantikan paling tradisional untuk membersihkan kulit. Saat tubuh berpeluh, sel kulit mati akan diganti dan bakteria akan keluar dari lapisan epidermis dan pori-pori, menjadikan kulit lebih lembut dan bersih.

5. Menbantu tidur lebih nyenyak

Kajian membuktikan bersauna dapat memberikan tidur yang lebih nyenyak. Setelah hormon endorfin dan suhu tubuh naik di dalam sauna, tubuh kamu akan memasuki tahap relaks. Ya, perasaan tenang itulah yang membuatkan kamu tidur nyenyak.

6. Membakar kalori

Menurut kajian yang dilakukan oleh pasukan perubatan U.S. Army, dalam satu sesi sauna, kamu mampu menyingkir sebanyak 300 kalori! Disebabkan aktiviti jantung menjadi laju dan memerlukan oksigen, tubuh kamu akan menukar kalori menjadi tenaga untuk digunakan. Let’s sweat away!

Artikel asal: Kezia Calesta (cosmopolitan.co.id)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor