Kebaikan Facial Oil Untuk Kulit Wajah (Termasuk Berjerawat) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Cara Betul Guna Facial Oil

Kebaikan Facial Oil Untuk Kulit Wajah (Termasuk Berjerawat)

Pernah guna facial oil? Hmm…mesti kamu akan skip bahagian ini dalam penjagaan wajah, kan? Sebenarnya kamu dah salah anggap tentang penggunaannya. Hakikatnya facial oil boleh berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit acne-prone.
Foto: Depositphotos

Apa jenis facial oils yang sesuai dengan kulit kamu?

Squalane, argan, dan jojoba oils sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Tapi kalau kamu mahu lebih spesifik untuk mencari produk yang sesuai dengan masalah penjagaan kulit seperti acne, kusam atau kering – cara paling baik adalah baca label dulu sebab produk tersebut sudah menerangkan butiran di situ.

V&M Naturals CPC+G Oil (pencerahan), sekitar RM70 (vnmnaturals.co) mencerahkan kulit, memudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit kusam. Boleh campurkan dengan pelembap dan losen. Gunakan pada badan untuk mencerahkan dark areas seperti bawah lengan, lutut, bikini area dan siku.

Perlukah guna pelembap walaupun sudah guna facial oils dalam rutin kamu?

Ya, kamu masih perlukan pelembap. Walaupun formula minyak wajah seperti boleh menghidratkan, tapi sebenarnya tidak. Ia bukanlah humectant kerana tidak menyerap sebaiknya pada kulit – ia dapat menutup penghidratan daripada pelembap yang kamu sapukan ke wajah sebelum itu.

Pili Ani Ageless Concetrate Age-Defying Elixir (antipenuaan), sekitar RM130 (pilianiusa.com); membekalkan antioksidan semula jadi untuk melindungi kulit daripada environmental agressors. Ia memberi fokus kepada antipenuaan dan lembapan pada kulit kamu, dan diperolehi daripada minyak ekstrak elemi.

Bila kamu boleh guna facial oil?

Seperti yang disebut tadi, ia berkesan sebagai seal or barrier pada wajah kamu. Pastikan kamu sentiasa guna minyak wajah selepas pelembap atau sleeping pack.

Pixi Rose Oil Blend (pencerahan dan antipenuaan), RM120 (sephora.my); ia meningkatkan keanjalan dan seri wajah kamu – bahan utama seperti sweet almond, roseship, jojoba, biji delima dan rose geranium oils membantu memelihara kulit yang kompleks.

Pyunkang-Yul Oil, RM99 (hermo.my); ia merupakan minyak muka antioksidan yang memberi hidrat, nutrisi, dan antipenuaan yang sesuai kepada semua jenis kulit.

Artikel asal: Ira Nopuente (cosmo.ph)