Ikuti 2 Peraturan Ini Jika Mahu Bersenam Dengan Perut Kosong - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ikuti 2 Peraturan Ini Jika Mahu Bersenam Dengan Perut Kosong

Bersenam di awal pagi boleh jadi sukar, bukan saja kerana kamu kena bangun awal daripada biasa, tapi juga kerana tak cukup makanan (juga tenaga) dan sistem tubuh.

Ikuti 2 Peraturan Ini Jika Kamu Bersenam Dengan Perut Kosong

Foto: Depositphotos

Ada juga yang berdebat mengenai hal ini. Benarkah ia membakar lebih banyak lemak? Atau hanya merendah metabolisme kamu? Kami bercakap dengan sport dietition untuk mencari jawapannya.

“Boleh jadi ada manfaatnya bersenam dengan perut kosong, but it is very individual and goal dependant,” kata Alexandra Cook, The Sports Dietitian, yang bekerjasama dengan jenama suplemen bernutrisi, Lift.

Ini kelebihan bersenam sewaktu perut kosong: “Ketika tidur, karbohidrat (glikogen) yang tersimpan akan merosot, seperti tanki minyak. Jika kamu bersenam sebaik saja bangun tidur tanpa makan apa-apa, kamu terpaksa bergantung pada lemak badan berbanding tenaga yang kamu ada daripada sarapan,” jelas Alexandra.

Tapi bukan itu saja kelebihannya, menurut pakar. “Terdapat bukti yang mengatakan, dari masa ke semasa, senaman begini boleh menghasilkan adaptasi sel di dalam otot yang memberi manfaat ketahanan.”

Jadi kamu akan bakar lemak lebih cepat dan mampu bersenam lebih lama? Ia tidak semudah itu.

The Sports Dietitian menjelaskan terdapat beberapa langkah ekstra yang perlu kamu ikuti jika mahu bersenam dengan perut kosong, untuk mendapat manfaat dan kekal sihat. Ini dua peraturan yang mesti kamu amalkan:

1. Makan hidangan tinggi karbo dan protein selepas bersenam

“Sangat penting untuk makan lebih karbo dan protein selepas bersenam dengan perut kosong,” kata Alexandra, kerana “tubuh memerlukan nutrien ekstra selepas bersenam untuk membolehkan adaptasi senaman berlaku.”

2. Jangan amalkan selalu

“Jangan lakukannya lebih daripada dua kali seminggu, dan ia hanya sesuai untuk low intensity exercise saja,” tambahnya. “Untuk jenis senaman high intensity or working at a high heart rate, kamu mesti isi perut terlebih dahulu.”

Itulah peraturannya; stick to ’em.

Artikel asal: Catriona Hervey-Jenner (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor