Ikmal Amry Semakin Digilai
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ikmal Amry Semakin Digilai

Ikmal Amry Semakin Digilai

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Tinggi lampai, berwajah kacak dan tutur katanya sopan – dia sememangnya mempunyai ciri-ciri lelaki Melayu terakhir! Cosmo yakin dia bakal menggantikan hero sedia ada satu hari nanti. Jom kenali jejaka yang kian menjadi kegilaan ramai wanita ini.

 
Impian Tak Kesampaian

Ikmal hadir ke studio penggambaran dengan gaya santai ditemani rakannya. Mengenakan seluar pendek, kemaja-T berserta cap, itu sudah cukup untuk buatkan semua mata tertumpu ke arahnya. “Kalau saya tak di sini, kemungkinan besar sayang sedang mengajar di sekolah,” ujarnya memulakan bicara. Tambah Ikmal, dia sebenarnya mahu bergelar guru dan mendidik anak bangsa, namun tidak tahu saluran yang tepat untuk menunaikan impian itu.

“Tak pernah pun terlintas di fikiran saya untuk jadi pelakon atau model. Saya pernah menganggur selama setahun lebih dan hanya buat kerja mudah seperti bekerja di restoran makanan segera dan pusat hiburan karaoke. Kemudian, rakan menyuruh saya sertai Hero Remaja. Dari situ saya memulakan kerjaya dalam industri seni.

Walaupun hanya top 5, saya bersyukur kerana tawaran berlakon yang diterima tak henti-henti,” jelasnya dengan rasa tak percaya. “Benar, kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan. Lama-lama saya mula jatuh cinta dengan kerjaya ini dan mahu meneruskan hingga berjaya.”

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist