Horoskop Kamu September Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu September Ini

Horoskop Kamu September Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Virgo! (23.8-22.9)

Virgo Girl – Miera Leyana

Kamu ada tarikan yang membuatkan orang sekeliling rasa harmoni bila kamu ada di sisi. Bukan itu saja, ada banyak wishlist kamu yang menjadi kenyataan sejak akhir-akhir ini. Venus menyebelahi kamu kerana kewanganmu bakal kukuh selepas 14 September, jadi tak salah untuk pergi retail therapy, kan?

Tahun Kamu: Sudah lama kamu berada di takuk sama dan mulai bosan dengan kerjayamu? Bulan ini waktu terbaik untuk update profil atau resume kamu. Cuba hantar permohonan kerja untuk jawatan yang mampu mencabar keupayaanmu. Selamat mencuba!

Libra 23.9-22.10

image

Kamu terjatuh dalam lembah perasaan sendiri. Tolong bangun! Tiada siapa yang mampu membantu kamu selain diri sendiri. Some advise: Sayangi diri kamu terlebih dahulu. Zodiak kamu terkenal dengan perwatakkan bubbly dan suka bersosial, jadi luahkan segala isi hatimu jika bermasalah.

Scorpio 23.10-21.11

image

Kamu dalam fasa gembira ‘tahap dewa’ kerana banyak menerima free gift daripada peminat. Ehem, pengikut akaun sosial kamu juga semakin bertambah. Secara tak langsung, keyakinan kamu makin meningkat dan lebih rajin update feed. Bagus untuk kamu!

Sagittarius 22.11-21.12

image

Akhirnya, majikan nampak segala usahamu dan kamu bakal diberi kenaikan gaji.  Belajar untuk menguruskan kewangan dengan baik. Cosmo faham yang kamu sudah tak sabar nak shopping sakan, tapi simpan sikit untuk masa hadapan ya.

Capricorn 22.12-19.1

image

Keinginan kamu untuk bercuti amat tinggi. Kamu obses untuk feed followers dengan gambar percutian, jika masih belum ada idea destinasi yang ingin dituju, Cosmo cadangkan kamu road trip bersama teman-teman. Melaka dan Ipoh ada banyak spot menarik untuk bergambar.

Aquarius 20.1-18.2

image

Kamu bukan jenis DTR (define the relationship), tapi keinginan untuk ada pasangan sedang meningkat. Jangan biarkan emosi ini mengawal kamu sepenuhnya. Keluar dengan beberapa jejaka supaya kamu boleh pilih mana yang serasi.

Pisces 19.2-20.3

image

Group WhatsApp buat kamu lalai untuk selesaikan tugas. Petanda tak elok! Cuba silent group chat pada hujung minggu. Alihkan fikiran kamu dengan menyertai Classpass, sekurang-kurangnya kamu dapat fokus pada kesihatan diri sendiri.

Aries 21.3-19.4

image

Enam bulan lalu kamu fokus pada kerjaya hingga tak ada masa untuk jalin hubungan. Rakan sekerja sudah cukup untuk gembirakan kamu! Namun sudah tiba masanya kamu ambil langkah berkenalan dengan jejaka. Sampai bila nak membujang, betul tak?

Taurus 20.4-20.5

image

Waktu untuk kamu kembangkan idea kerjaya sedang memuncak dan kamu terlupa beri perhatian kepada teman lelaki. Tak perlu kejutan makan malam romantis, hantar saja mesej atau hubunginya untuk buat dia rasa kamu ambil berat terhadapnya.

Gemini 21.5-20.6

image

Kamu selalu terlepas aktiviti keluarga. Hmm, sesibuk mana jadual sekali pun kamu kenalah tahu apa yang perlu diberi keutamaan. Mulakan dengan potluck di rumah kamu dan ajak keluarga kamu sertainya. Jangan lupa berain game untuk eratkan kembali silaturrahim.

Cancer 21.6-22.7

image

Keluar dari kepompong introvert kamu kerana bersosial jauh lebih menarik daripada terperap dalam dunia sendiri. Percayalah, di luar sana ramai yang mahu mendekatimu. Psst…mana tahu kamu dapat luaskan networking?

Leo 27.3-22.8

image

Kamu terperangkap di pejabat dengan pelbagai tugasan. Selepas 5 September, Cosmo cadangkan kamu pergi melancong untuk dapatkan vibe baru. Manalah tahu kamu bakal bertemu jejaka idaman ketika bercuti…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor