Horoskop Kamu Ogos Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu Ogos Ini

Horoskop Kamu Ogos Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Leo! (23.7 – 22.8)

Image result for nelydia senrose

Leo Girl – Nelydia Senrose

Sebagai wanita Leo, kamu tahu segala masalah (walaupun yang sukar) dapat diselesaikan dengan mudah. Hari paling bertuah untuk diri kamu jatuh pada 14 Ogos. Jadi, tak salah rancang birthday bash secara besar-besaran! Is it hot in here, or is it just you? (It’s you).

Tahun Kamu: Kamu tersenyum lebar bila dapat kerja baru! Gaji pun bertambah, pastinya ada duit lebih untuk menyimpan. Kamu tahu kan yang kamu seorang pemboros? Jadi, kurang-kurangkan shopping dan lebihkan menabung, okey.  

Virgo 23.8 – 22.9

image

Gadis hot seperti kamu sentiasa dapat jemputan ke kelab malam tapi dalam diam, keinginan untuk sendirian dan manjakan diri di rumah juga menebal. Walaupun memilih untuk bersendirian tapi ramai pula yang menghantar mesej untuk ajak kamu berbual. Ternyata kamu memang pandai bersosial.

Libra 23.9 – 22.10

image

Ogos tidak menyebelahi, tapi kamu tempuh dengan baik sekali. Tahniah! Gunakan semangat ini untuk kerjaya, teman, hubungan cinta atau apa saja yang kamu suka lakukan. Menariknya, kamu bakal bertemu crush baru selepas 12 Ogos.

Scorpio 23.10 – 21.11

image

Spotlight menyinari kamu sepanjang berada di pejabat. Tapi jika kamu lakukan kesilapan, alamatnya bakal dibuang kerja. Jangan pula tertekan dengan apa Cosmo katakan, kamu pandai survive jadi tak ada hal jika ditimpa masalah.

Sagittarius 22.11 – 21.12

image

Apa yang diimpikan lebih mudah tercapai sepanjang bulan ini. Waktu terbaik untuk kamu rehat seketika, jadi rancang percutian bersama si dia. Pilih destinasi untuk kembalikan sinar hubungan kalian. Bolehlah bersantai di tepi pantai bersama dia.

Capricorn 22.12 – 19.1

image

Hubungan kamu sedang goyah, bersiap-sedia hadapi apa saja yang bakal tiba. Ada dua kemungkinan, kalian berbaik atau hubungan ini putus di tengah jalan. Walaupun single, kamu masih boleh berseronok dengan teman.

Aquarius 20.1 – 18.2

image

Makin rancak kamu keluar blind date, tapi jangan sampai mainkan perasaan jejaka. Jika betul-betul jumpa yang serasi dengan kamu, luahkan perasaan pada si dia selepas 11 Ogos. Ehem…barulah boleh ke fasa seterusnya.

Pisces 19.2 – 20.3

image

Tampak seperti kamu berada di takuk lama sedangkan teman lain sedang berlumba naik dalam bidang kerjaya. Okey jangan takut, mula-mula update resume kemudian mohon kerja baru serta-merta. Selepas 19 Ogos, kemungkinan besar akan ada panggilan kerja baru.

Aries 21.3 – 19.4

image

Kamu baru keluar dari zon selesa dan keyakinan melonjak tinggi selepas 25 Julai, setinggi keyakinan Beyonce! Kekalkan tenaga sebegini sehingga 23 Ogos untuk jadi lebih kuat bekerja dan hasilkan idea baru.

Taurus 20.4 – 20.5

image

Ogos adalah bulan ‘hibernasi’ untuk kamu. Bolehlah kamu lakukan aktiviti yang disukai, contohnya membaca novel sambil menghirup moktel di tepi pool. Bukan itu saja, kamu juga boleh fikir tentang pelan masa hadapan.

Gemini 21.5 – 20.6

image

Amboi, seronoknya kamu asyik berparti sakan hingga lupa segala masalah dunia. Tak salah untuk bersuka ria tapi jangan lupa jaga kesihatan diri. Cuba ambil cuti untuk bersihkan diri dari toksik media sosial mahupun di alam nyata.

Cancer 21.6 – 22.7

image

Kamu akan terperap di pejabat selepas 3 Ogos kerana tugasan datang seperti air yang mengalir. Tapi ada baiknya! Bila tugasan banyak, duit dalam akaun bank sekali gus bertambah kerana kamu kerja lebih masa.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor