Horoskop Kamu November Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu November Ini

Horoskop Kamu November Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Scorpio! (23.10-21.11)

Scorpio Girl – Bella Dally

Keistimewaan, kepekaan dan pemahaman kamu ketika berkomunikasi buat orang sekeliling sayang dan menyenangi peribadi kamu. Sekiranya tidak ada rancangan, jangan teragak-agak untuk manjakan diri selepas 15 November. Ambillah cuti untuk rehatkan minda dan rejuvenate diri. Ini masanya untuk kembara dan Hawaii adalah destinasi permulaan untuk kamu melihat dunia. Have a safe journey!

Tahun Kamu: Kejayaan bakal menghujani kamu selepas 20 November, waktu terbaik kamu tambah aset. Jika belum memilikinya, kamu boleh mulakan carian sekarang.

Sagittarius 22.11-21.12

image

Sektor kerjaya membawa ke titik perubahan. Pertimbangkan kerana ia satu proses untuk capai cita-cita dan matlamat dan anggap ia perubahan positif pada diri. Jika kamu belum ‘sangkut’ dapat kerja baru, luaskan networking okey.

Capricorn 22.12-19.1

image

Hubungan kamu dengan si dia agak goyah, dalam erti kata lain bakal retak selepas 20 November. Nangislah sepuasnya jika kamu mahu. Cari aktiviti untuk kill the time supaya kamu tak ingat si dia selalu. Luang masa dengan keluarga selepas 26 November.

Aquarius 20.1-18.2

image

Mengapa ya sejak kebelakangan ini, duit asyik tak cukup? Jika persoalan ini menghantui kamu, Cosmo cadangkan kamu berjumpa kaunselor untuk atur dan pelan kewangan kamu. Tak salah berboros tapi jangan selalu okey.

Pisces 19.2-20.3

image

Ketika sibuk menjaga kesihatan, kamu mungkin merasa there is a bit too much to keep track of! Diet, senaman, suplemen, tidur dan banyak lagi. Percayalah self love mampu meningkatkan mood kamu supaya sentiasa positif.

Aries 21.3-19.4

image

Kamu tak akan berpuas hati dengan kerja melainkan hasilnya ekstravaganza. Pastikan rakan sekerja membantu untuk selesaikan tugas. Bila semuanya selesai, bolehlah kamu tarik nafas lega dan pulang ke rumah dengan senyuman.

Taurus 20.4-20.5

image

Kamu dalam fasa mengubah penampilan, secara tak langsung banyak mata memerhati. Dari segi interpersonal skill juga tampak perubahan ketara. Dalam diam, ramai head hunter mahu kamu hadiri temu duga. Pilihlah haluan kerjaya kamu dengan bijak ya.

Gemini 21.5-20.6

image

Akhir-akhir kamu tak berapa sihat, tanya diri apa definisi kesihatan bagi kamu? Jika sukar untuk mulakan rutin senaman, senaraikan healthy things to do. Barulah kamu rasa lebih bertenaga untuk lakukan apa jua aktiviti.

Cancer 21.6-22.7

image

Sudah lama kamu sendirian, jangan malas untuk keluar bersosial sebelum 10 November. Buat carian di Tinder, manalah tahu ada jejaka yang memenuhi kriteria kamu. Beranikan diri untuk ajak si dia keluar minum kopi. Tak salah, kan?

Leo 23.7-22.8

image

Hidup kamu agak huru-hara kerana baru berpindah rumah, tukar kerja baru, kerja sampingan yang berlambak and the list goes on. Kurangkan stress dengan mengelak balas mesej kerja pada hujung minggu. Rehatkan diri sebentar dengan meluang masa bersama teman-teman.

Virgo 23.8-22.9

image

Teman menjauhkan diri kerana kamu sibuk bercinta sampai tak ingat dunia. Girls, jangan begitu. Kumpulkan teman-teman dan beri kejutan dengan hidangan hasil air tangan kamu. Kemudian tonton siri di Netflix back to back sambil bergosip.  Seronok!

Libra 23.9-22.10

image

Cuba fikir bahawa bersenam adalah sesuatu yang patut dilakukan oleh badan. Jika kamu baru berjinak dengan senaman, cuba berjalan sekitar kawasan rumah selama 30 minit setiap hari. Bila 26 November tiba, bolehlah kamu sign-up sebagai ahli di gim.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor