Horoskop Kamu Mac Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu Mac Ini

Horoskop Kamu Mac Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Pisces! (22.11-21.12)

Horoskop Kamu Mac Ini

Pisces Girl – Siti Saleha @sallywho

Happy birthday! Hubungan cinta, sosial dan keyakinanmu amat menyerlah bulan ini. Tiada apa yang mampu menjatuhkan kamu – not even Mercury Retrogade in your sign. Keunikan itulah yang memberi motivasi untuk kamu sampai ke destinasi yang ingin dituju. Selepas bekerja keras, kamu layak dibayar gaji besar… And party!

ARIES 21.3 – 19.4

image

Planet Venus adalah lambang kebahagiaan dan kecantikan. Jadi, keriangan lebih dirasai bila bersosial sebab kamu rasa yakin dengan rupa paras diri sendiri. Berjaga-jaga dengan ‘angin’ si Pisces yang akan buat kamu rasa macam langsung tak wujud. Tapi tak apa, masih ramai yang tahu menghargai kecantikan kamu itu.

TAURUS 20.4 – 20.5

image

Sekarang adalah masanya untuk kamu move on! Kalau asyik di takuk lama, sampai bila-bila pun kamu tak akan senang duduk… Dunia membentang enam peluang untuk kamu lari dari kesulitan dan kini tiba masanya untuk kamu mengejarnya. Hati-hati, setiap rancangan boleh terkesan dengan Mercury Retrograde. Don’t mess it up!

 

GEMINI 21.5 – 20.6

image

Triple threat! Gaji, bayar bil dan gaji lagi… Bukanlah threat mana pun tapi harus berpada ketika membelanjakan duit bonus kamu. Satu tanggungan besar bakal datang di luar jangkaan pada awal Februari. Uruskan hal kewangan sebijaknya sambil menunggu gaji bulan depan masuk.

CANCER 21.6 – 22.7

image

Cosmo tahu bintang ini bukan jenis yang sukakan kejutan, malangnya pekerjaan kamu memang penuh dengan seribu satu hal. Masa ini jugalah kamu diminta outstation, ke sana ke sini. Bila difikir semula, sekurang-kurangnya si dia akan merindui dan pasti kepulanganmu akan disambut mesra. After a hurricane, comes a rainbow!

 

LEO 23.7 – 22.8

image

Soal cinta, bulan ini kamu bakal bahagia buat 15 hari pertama namun alamak…sedikit ketegangan mula dihidu dan berakhir dengan perasaan yang bakal ‘makan’ kamu hidup-hidup. Bunyinya agak menakutkan tapi bila kamu moody, sila main gear rendah terutamanya di tempat kerja. Sekarang bukan masa sesuai untuk berdrama, okey?

VIRGO 23.8 – 22.9

image

Semua first dates yang kamu pergi memang sudah tertulis untukmu. Mereka akan ‘angkat kaki’ atau sebahagian lagi hanya elok kekal sebagai kenalan. Itu tak penting, yang pasti suatu hari kamu bakal berjumpa seseorang yang sekepala dan itu mungkin satu permulaan yang indah buat kamu selamanya. *wink*

 

LIBRA 23.9 – 22.10

image

Kamu terlampau terikat dengan jadual kerja yang tak pernah lengang, mungkin sudah tiba masanya untuk mengikut jadual cinta pula? Semuanya akan bermula tak lama lagi, semoga kamu bersedia… Mungkin dengan rakan sekerja? Reminder: Kamu sedang dipantau di pejabat ya.

SCORPIO 23.10 – 21.11

image

Segala kekurangan selama ini perlu pergi! *Poof*. Tanam sikap malu dan aneh itu jauh-jauh bagi membenarkan perasaan cinta berputik dalam hati kamu. Pertimbangkan satu perkara, jangan terlampau berharap kalau tak mahu kecewa di kemudian hari. Fling around adalah pilihan yang tepat.

SAGITTARIUS 22.11 – 21.12

image

Kamu sering rasa terperangkap dalam permasalahan yang kamu cipta sendiri. Agak sukar untuk kamu rasa bebas. Mungkin masalah keluarga dan rakan-rakan adalah penyebab kamu ingin ‘meletup’. Bertenang! Jika ada si zodiak yang boleh tempuhi masalah ini, ia adalah kamu.

CAPRICORN 22.12 – 19.1

image

Jadual kamu akan menjadi sangat padat. Cosmo tahu kamu mungkin selalu hook up, tapi kali ini lain! Awal Mac si dia akan mengetuk pintu hati yang sudah lama tidak dibuka itu. Biasakan diri untuk multi-task kerana kesibukan kerja akan mengehadkan masa kalian berdua.

AQUARIUS 20.1 – 18.2

image

Jangan benarkan sesiapa pun rosakkan mood kamu bulan ini! Sebaliknya, ceriakan orang lain dengan membeli hadiah untuk pasangan atau teman-teman. Untuk kamu yang masih solo Mac ini, luaskan rangkaian kenalanmu. Mana tahu kamu bakal terima DM daripada si hottie?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor