Horoskop Kamu Julai Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu Julai Ini

Horoskop Kamu Julai Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Cancer! (21.6 – 22.7)

Image result for Raysha Rizrose

Cancer Girl – Raysha Rizrose 

Waktu terbaik untuk lebih menyinar – kerana ia bulan kamu! Tak salah kalau kamu adakan parti, secara tak langsung buat kamu lebih semangat. Terima hakikat bahawa teman-teman menyayangi kamu sepenuh hati. Beruntung tuan punya badan…

Tahun Kamu: Kamu bakal terima berita yang tak disangka hingga mampu merubah masa depan. Sepanjang lima bulan terakhir ini, kamu mungkin alami beberapa masalah besar. Tapi, Cosmo percaya kamu dapat atasi dengan baik.

Leo 23.7-22.8

image

Hey little lion, jangan biarkan ‘attitude’ kamu menguasai diri. Selagi kamu boleh kawal amarah, Cosmo nasihat kamu supaya terus mengawal. Takut teman-teman lari! Pastinya kamu tak mahu catfight kerana hari jadi kamu bulan hadapan.

Virgo 23.8-22.9

image

Pada awal Julai kamu masih mencari geng di pejabat baru. Jika sudah jumpa, cipta kepercayaan supaya lebih mudah berkomunikasi. Tapi, jika berlaku sebaliknya Cosmo rasa kamu perlu rendahkan ego dan meminta maaf.

Libra 23.9-22.10

image

Bulan ini semua tentang kamu, kamu berada di bawah ‘cahaya’. Tak kira di tempat kerja atau ketika sedang bersosial, kamu mampu curi tumpuan ramai. Cuma Cosmo nak nasihatkan kamu hanya perlu good kind of attention saja.

Scorpio 23.10-21.11

image

Seronoknya kerana kamu bakal bercuti selepas 5 Julai. Thinking, but with what money? Mungkin potensi bercuti adalah kecil tapi percayalah kamu akan menuju ke destinasi yang diingini. Okey, sekarang kamu pelan percutian.

Sagittarius 22.11-21.12

image

Cosmo percaya kamu moody dan lebih selesa bersendirian, so chill. Hati-hati jika meluah perasaan dalam keadaan marah kerana takut orang sekeliling terasa hati. Dalam masa yang sama, kamu bakal terima bonus.

Capricorn 22.12-19.1

image

Ehem, Cosmo harap kamu tak lupa bahawa kita sedang in the mood of summer. Stress di pejabat? Inilah waktunya catch up with the girls. Pro tips lain yang Cosmo ingin kongsi adalah gunakan hari Jumaat kamu untuk berparti.

Aquarius 20.1-18.2

image

Menyelesaikan masalah dengan baik sinonim dengan karakter kamu. Selain tugasan kerja melambak, kamu tak lupa jaga kesihatan. Tahniah kerana mampu bangun setiap pagi untuk work out di gim. Salute!

Pisces 19.2-20.3

image

Amboi seronoknya bercinta hingga lupa tentang keluarga. Nak hubungan pasangan dan keluarga makin rapat? Pilih satu tarikh dan temukan mereka ketika dinner or lunch time. Mana tahu perkenalan ini buat kalian ke fasa seterusnya.

Aries 21.3-19.4

image

So far, 2019 has been the most. Julai buat kamu lebih tenang dan kamu selesa menonton siri baru di Netflix. Lepas fasa berehat tamat, kamu jadi lebih aktif dan ada saja idea kreatif mencurah-curah. Jangan lupa untuk berkenalan dengan jejaka baru selepas 17 kali kamu rescheduled untuk keluar berasama.

Taurus 20.4-20.5

image

Kamu overwhelmed dengan tugasan, maklumlah baru naik pangkat. Memang agak banyak kerja kamu, cuba susun task dengan baik. Jika tak mampu hadapinya, Cosmo rasa kamu perlu staycation untuk hilangkan kekusutan minda.

Gemini 21.5-20.6

image

Kamu mungkin super busy sepanjang bulan ini, tapi jangan biarkan hal seperti ini rosakkan semua pelan yang telah dirancang. Okey, tulis task yang perlu diselesaikan sebelum kamu parti tak ingat dunia.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor