Horoskop Kamu Disember Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Horoskop Kamu Disember Ini

Horoskop Kamu Disember Ini

Jom intai perkara yang bakal kamu lalui bulan ini. Untuk suka-suka saja!

Selamat Hari Jadi Sagittarius! (22.11-21.12)

Sagittarius Girl – Daiyan Trisha

Permulaan baru akan tiba tentang perjalanan hidup kamu, sama ada mahu sambung belajar atau menukar kerjaya… Keputusan sukar perlu dibuat! Jangan susah hati kerana Cosmo percaya apa saja yang kamu pilih, ia adalah keputusan yang terbaik.

Tahun kamu: Disember menandakan kitaran baru untuk persahabatan, sosial, harapan dan impian kamu. Teman baru dapat membantu menghidupkan aura positif dan menjadikan visi kamu lebih kreatif.

Capricorn 22.12-19.1

image

Luangkan masa untuk catit matlamat selepas 12 Disember supaya kamu dapat buat pilihan yang tepat. Cuba relate semula cita-cita dan minat waktu kecil, siapa tahu ia adalah kerjaya sesuai untuk kamu. Jangan takut untuk mengejar impian sebelum tahun baru!

Aquarius 20.1-18.2

image

Cosmo tahu kamu dan si dia sering bertekak kebelakangan ini disebabkan perkara-perkara kecil… Mungkin kalian tertekan dengan bebanan kerja di pejabat. Memandangkan cuti hujung tahun is around the corner, apa kata melancong bersama dan perbaiki hubungan kalian.

Pisces 19.2-20.3

image

Wah, banyaknya simpanan kamu hingga lupa nak shopping! Tak salah swipe kad kredit untuk beli solekan, baju baru atau kembara keliling dunia dengan pasangan. Bukan selalu pun, jadi jangan rasa bersalah atau kedekut dengan diri sendiri. Psst, jualan murah ada di mana-mana!

Aries 21.3-19.4

image

Kamu suka jejaka yang ada kerjaya dan gaji besar kerana mudah nak shopping sakan, betul tak? Okey tak salah kalau kamu benar-benar cinta, tapi jangan sampai si dia ingat kamu mahu kikis duit dan kad kreditnya. Kamu pun kenalah menyimpan sedikit untuk masa depan, jangan harap si dia saja!

Taurus 20.4-20.5

image

Jangan ego untuk mengaku kesalahan dan belajar daripada kesilapan bila ditegur majikan. Minta maaf dan terima kritikan daripada orang lain, Cosmo tahu kamu adalah pekerja yang bercita-cita tinggi dan efisien.

Gemini 21.5-20.6

image

Sibuk seharian di pejabat bukanlah masalah besar tapi selepas jatuh sakit, Cosmo rasa baik kamu ambil inisiatif dengan menjaga pemakanan serta bersenam. It’s a shortlist, but mastering it is not easy!

Cancer 21.6-22.7

image

Kamu bakal temui jejaka hot pada malam tahun baru. Gemuruh? Okey, mulakan dengan penampilan yang sesuai kemudian gaya solekan yang hebat untuk pikat hatinya. *Scroll feed di Instagram untuk inspo!

Leo 23.7-22.8

image

Tugasan kamu di kuliah atau pejabat semakin melambak, siapkan segala-galanya pada 20 Disember dan jangan bertangguh. Jika stress, luangkan masa bersama teman-teman dan luah segalanya pada mereka sambil hang out di kafe.

Virgo 23.8-22.9

image

Kamu lebih selesa bersendirian di rumah berbanding berjumpa teman di luar. Hey, jangan seronok sangat berhibernasi kerana kamu perlu luaskan networking selepas 18 Disember. Siapa tahu kamu bakal bertemu jejaka yang mampu mengetuk pintu hatimu!

Libra 23.9-22.10

image

Kamu tak mampu nak puaskan kehendak team mate lain, jadi biarkan mereka berkata apa yang mereka mahu. Pastikan semua tugasan kamu siap, kemudian segera pulang ke rumah. Jangan biarkan diri kamu dipenuhi vibe negatif. Good luck!

Scorpio 23.9-22.10

image

Perkara yang bijak untuk dilakukan adalah menjaga keperluan diri sebaik mungkin: Diet, senaman dan rehat adalah tanggungjawab kamu. Semuanya akan jadi lebih mudah jika kamu kekal berdisiplin.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor