Hisyam Hamid Tak Mahu Kecewakan Keluarga - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Hisyam Hamid Tak Mahu Kecewakan Keluarga

Hisyam Hamid Tak Mahu Kecewakan Keluarga

Dalam sekelip mata, perjalanan kerjayanya berubah. Bermula sebagai anggota bomba, dia kini bergelar pelakon yang berjaya menyinari layar kaca televisyen di Malaysia dan Singapura. Memang padan dengan jiwanya yang pernah memegang watak hero dalam drama bersiri, Abang Bomba I Love You.

Sebaik saja lensa kamera menghala ke arahnya, Hisyam Hamid tidak kekok beraksi sambil melemparkan senyuman. Cosmo yakin, pasti ramai wanita di luar sana jatuh cinta melihatkan lesung pipit yang terukir di pipinya… Apa yang terbaru mengenai pelakon kacak dari Singapura ini?

Belum Sempat Berehat


Walaupun Syawal bakal muncul tidak lama lagi, Hisyam masih sibuk dengan beberapa penggambaran telemovie. “Rezeki tahun ini masih lancar dan jadual penggambaran saya masih padat. Ogos ini saya mula sibuk
mempromosikan filem Dendam Pontianak yang dibintangi nama besar
seperti Nur Fazura, Remy Ishak, Tony Eusoff dan diarahkan oleh Glen Goei.” Cosmo difahamkan filem ini menggunakan latar belakang era 1960-an, berkisar tentang Khalid yang terpaksa berhadapan dengan episod hitam diburu pontianak yang membunuh banyak nyawa di penempatannya. Bukan itu saja, dia juga bakal muncul dengan filem terbaru. “Ya, filem Hero Jangan Bikin Panas akan ditayangkan tidak lama lagi. Ramai tahu saya bekas anggota bomba, kan? Dapat lepas rindu bila berlakon filem ini kerana saya memegang watak sebagai ahli bomba. Kali ini, saya bekerjasama dengan Mark Adam, Bell Ngasri dan ramai lagi. Jika
tadi filem horror, kali ini saya berlakon genre aksi komedi pula.” Hmm, memang benar dia tak sempat berehat kerana filem lakonannya ditayangkan secara back to back!

Tidak Mahu Terlalu Selesa


Semakin hari semakin banyak wajah baru menghiasi dunia lakonan dan
Hisham ada pendapat tersendiri mengenainya. “Saya selalu melihat sesuatu perkara dari sudut positif – kehadiran muka baru buatkan industri
seni kian mekar. Keadaan ini buatkan saya untuk tak berada di takuk selesa
dalam jangka masa panjang. Malah, saya akan terus tampilkan kelainan dan beri mutu lakonan yang lebih mantap. Untuk terus kekal relevan dalam industri ini, anak seni perlu disiplin dan komited sepanjang bekerja. Jangan anggap sesuatu perkara itu remeh. At the end of the day, saya nak kerja dalam keadaan gembira dan kurangkan masalah di set penggambaran. Dari sudut peminat, saya akan buat engagement seperti
berbalas komen di media sosial atau mengadakan program bersama mereka. Peminat memainkan peranan penting dalam kerjaya seorang selebriti,” jelas Hisyam yang menegaskan keluarga adalah sumber kekuatan dan inspirasinya. “Sebagai ketua keluarga, saya perlu sediakan keperluan keluarga, isteri dan mak. Bila rasa nak give up, cepat-cepat saya lihat wajah mereka untuk terus bertahan. Kegembiraan dan kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan saya.”

Constant Communication Is The Key


Demi tuntutan kerjaya, Hisyam terpaksa berjauhan dengan isteri lebih-lebih lagi anak-anaknya. Katanya, isteri yang juga pengurusnya masih berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk memastikan kehidupan, makan pakai dan kerjayanya berjalan lancar. Bagaimana dia kekalkan hubungan kekeluargaan? “Constant communication sangat penting. Saya mahu jadikan rutin untuk selalu video call atau Facetime
tanya update anak-anak. Penat bagaimana sekali pun, saya cuba. Saya
mahu mereka tahu walaupun jauh, saya sentiasa ada dan tahu perkembangan mereka. Kalau cuti panjang, saya berikan seratus peratus masa pada keluarga. Kalau boleh, tahun ini saya mahu ambil cuti panjang seperti tahun lalu dan luang masa dengan mereka,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist