Hidangan Fine Dining Daripada Chef Terkecil Dunia - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hidangan Fine Dining Daripada Chef Terkecil Dunia

Jika kamu mahu pengalaman berbeza ketika menikmati hidangan mewah di serata dunia, Cosmo ada tempatnya. Pernahkan kamu menikmati fine dining daripada chef terkecil di dunia? Ya, chef terkecil di dunia!

Jika kamu geleng kepada pertanyaan tadi, berilah hint pada pasangan untuk dia bawa kamu Le Petit Chef In The Footsteps Of Marco di Elements Kuala Lumpur.

Le Petite Chef kembali dan bakal membawa kamu menjelajah ke seluruh dunia untuk menikmati masakan dari pelbagai benua. Sembilan puluh minit pengembaraan masakan yang menggabungkan persembahan 3D yang menyeronokkan dengan masakan dari Perancis, Arab, India, Himalaya dan China, semuanya dalam satu hidangan. Cukup unik!

Pengalaman menikmati makan unik ini menceritakan kisah Le Petit Chef yang mengikuti route pengembara Itali terkenal Marco Polo, dilengkapi dengan six courses, membawa kamu menyusuri perjalanan masakan yang unik di seluruh kawasan yang dilawati oleh legenda pengembara ini.

Ini adalah perayaan deria yang menggabungkan makanan dan persembahan pawagam menjadikannya pengalaman yang mustahil untuk ditolak. Ia adalah versi yang dinaik taraf berbanding Le Petit Chef pertama, yang merupakan kejayaan besar.

Pengalaman menikmati masakan dengan suntikan elemen kembara Marco Polo berlangsung di Elements Kuala Lumpur, TREC, Jalan Tun Razak dan merupakan tambahan terbaru untuk pengalaman bersantap yang unik.

Harga bermula dari RM299 setiap satu untuk Journey Marco Polo, RM499 setiap tahun untuk Ekspedisi Marco Polo dan RM999 bagi setiap Marco Polo Around the World.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist