Hebat! Kim Kardashian Keluarkan Dokumentari Tentang Reformasi Penjara Di Amerika
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Hebat! Kim Kardashian Keluarkan Dokumentari Tentang Reformasi Penjara Di Amerika

Hebat! Kim Kardashian Keluarkan Dokumentari Tentang Reformasi Penjara Di Amerika

Masihkah kamu ingat apabila Kim Kardashian mengumumkan bahawa dia sedang belajar untuk menjadi seorang peguam setelah membantu Alice Johnson keluar daripada penjara. Well, Kim masih belum melupakan misinya untuk menolong reformasi penjara di Amerika dan akan mengeluarkan satu dokumentari di Oxygen.
Hebat! Kim Kardashian Keluarkan Dokumentari Tentang Reformasi Penjara Di Amerika
Foto: Billboard

Dokumentari ini bertajuk Kim Kardashian West: The Justice Project dan akan mula ditayangkan pada 5 April. Berdasarkan laporan Daily Mail, “filem ini akan menunjukkan Kim melawat penjara dan bekerja bersama pakar dalam empat kes yang merasakan mereka telah dihukum secara tidak adil.”

Kim baru sahaja berkongsi trailer di Instagramnya dan dia bermula dengan berkata, “Saya bermula dengan tidak tahu apa-apa dan hati saya telah terbuka…Semua orang layak menerima peluang kedua.”

Dan di majlis Television Critics Association minggu ini, Kim bercerita tentang projek ini dengan berkata dia tak bimbang mengenai persepsi orang ramai: “Saya sudah biasa dengan kritikan, jadi saya sudah tak kisah.” Tambahnya, “Saya benar-benar ikhlas untuk fokus kepada kes ini. Saya tak lakukannya untuk publisiti. Saya benar-benar bimbang.”

Cosmo tak sabar nak tonton dokumentari ini. All the best, Kimmy!

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker