"Harry Dan Meghan Sentiasa Diterima Semula" - Queen Elizabeth
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

“Harry Dan Meghan Sentiasa Akan Diterima Semula” – Queen Elizabeth

Rupa-rupanya Queen Elizabeth dan Putera Harry telah berjumpa dan berbincang selama empat jam. Hmm, nampaknya mereka berjaya menyelesaikan beberapa isu…
Foto: Bangkok post

Harry dilaporkan telah makan tengah hari bersama Queen Elizabeth untuk sesi heart-to-heart dan Queen Elizabeth berkata Harry sentiasa diterima semula jika dia berubah fikirannya. Menurut laporan Dan Wootton daripada The Sun, Queen Elizabeth berkata, “You are much loved and will always be welcomed back,” dan satu sumber berkata bahawa “hopefully, it cleared the air.”

“Mereka berdua mempunyai banyak perkara untuk dibincangkan dan ini adalah masa yang sesuai untuk mereka berjumpa,” sambung sumber tersebut. “Apabila Harry dan Meghan mengumumkan ingin berhenti, ia berlaku sangat pantas dan sangat memberi tekanan kepada semua. Ini adalah kali pertama Queen Elizabeth mempunyai peluang untuk bertemu dengan Harry sendiri dan berbincang dengan baik. It was a much more relaxed environment and they were both able to speak their mind.”

Image result for harry and meghan queen elizabeth
Foto: eonline

Bagaimanapun, sumber tersebut berkata Queen Elizabeth masih “marah dengan tindakan mereka meninggalkan institusi Diraja dan dia ingin berjumpa dengan cicitnya, Archie lebih kerap lagi. Tetapi dia menghormati keputusan mereka buat masa ini.”

Selain itu, Queen Elizabeth juga berkata “persetujuan ini hanya boleh diteruskan jika mereka tidak exploit their royal status and try to ‘cash in’. Inilah sebabnya Queen Elizabeth tidak membenarkan mereka menggunakan perkataan ‘royal’ untuk foundation mereka. Dia ingin melindungi institusi Diraja dan dia tahu kos sekuriti sangat besar. Perkara ini juga harus diselesaikan. Tetapi Harry adalah cucu kesayangannya. Dia berkata Harry dan Meghan sentiasa diterima semula jika mereka berubah fikiran satu hari nanti.”

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker