Harris Baba Kerja Keras Bina Nama - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Harris Baba Kerja Keras Bina Nama

Hampir lima tahun mencipta nama di Malaysia, nama Harris sedikit tenggelam selepas meraih populariti mendadak sekitar awal tahu 2017. Penyertaan Harris dalam Duo Star bergandingan dengan Ning Baizura membuatkan namanya melonjak naik. Tidak tahu di mana silapnya, namanya sedikit tenggelam selepas itu, ditambah pula dengan lambakan artis-artis BBNU.

Persaingan Sihat
Sebagai anak seni, pasti terdapat pelbagai kepayahan dan pengorbanan yang perlu dilalui. Rezeki tak datang bergolek tanpa usaha dan kesabaran yang tinggi. Harris mengaku dia perlu bekerja keras untuk menampilkan sesuatu yang segar dan diterima ramai. “Tidak kira dalam mana-mana industri sekalipun, akan muncul bakat dan wajah baru setiap hari. Kehadiran ramai artis baru sebenarnya memberikan gambaran baik tentang industri muzik tempatan. As for me, I need to keep up with the new singers as well. Kita boleh lihat trend muzik dan genre mengalami perubahan besar mengikut permintaan pasaran. Bagi saya perubahan ini memberikan satu cabaran. Ia membuat saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.”

Ulang Alik Kejar Impian
“Cabaran terbesar saya tentu sekali bekerja di luar negara sendiri. Saya
kurang fasih berbahasa Melayu namun selepas bekerja di Malaysia, penguasaan Bahasa Melayu semakin baik,” kongsinya jujur. Bukan senang artis luar sepertinya untuk menempa nama dalam industri tempatan. “Another challenge is also, still trying to make it big in the industry in terms of singing and acting. Kerjaya saya naik mendadak kemudian jadi mendatar kerana fokus kepada perkara lain. Jadi sekarang adalah masa untuk saya kembali mencipta nama.” Tinggal berjauhan dengan isteri dan cahaya mata menambah lagi cabaran buat Harris. Apatah lagi kedua-dua anaknya masih kecil. Mengakui berulang alik dari Kuala Lumpur ke Sabah setiap dua minggu, pengorbanan ini memberikannya semangat untuk bekerja keras melakukan come back dalam industri muzik. “I have to deal with it. Memang penat berulang alik dan ada kalanya mengganggu fokus kerja kerana keletihan, tetapi apa yang saya lakukan sekarang adalah perkara yang saya suka,” luah Harris yang bersyukur kerana isterinya, Nik Naziha Zawawi sangat memahami dan menyokong keputusannya. Apa yang penting, menurut Harris mentuanya tidak menghalang minat dan sentiasa memberikan sokongan padu.

Di Mana Silapnya?
Kerjaya nyanyian dan lakonan Harris menerima sambutan baik di awal kemunculannya. Apatah lagi gandingannya bersama Elfira Loy menerusi drama Cinta Viral mendapat tontonan tinggi. Begitu juga dengan single berjudul Katakan yang kini meraih lebih lapan juta tontonan di YouTube. Hadir dengan bakat dan rupa, nama Harris tenggelam seketika, mungkin kerana tiada lagu baru? “Things did not go according to plans, I guess. Silapnya mungkin pada masa. Saya melancarkan lagu kedua pada saat menerima tawaran berlakon yang banyak. Jadi saya terpaksa korbankan masa untuk mempromosikan lagu kerana sibuk dengan jadual penggambaran,” kata Harris yang kini secara rasmi bernaung di bawah syarikat pengurusan baru, World Peace Entertainment. “Saya baru saja melancarkan single terbaru berjudul Love Me dan ini adalah yang pertama di bawah syarikat pengurusan baru. Saya juga baru selesai penggambaran untuk sebuah filem seram yang dijangka ditayangkan tahun depan. Ia adalah filem pertama saya di mana saya memegang watak utama,” akhirinya. Pasti kamu tak sabar nak tonton, kan? Cosmo juga!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist