Happiness Is... - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Happiness Is…

Bila duit banyak dan dapat pusing dunia…itulah kegembiraan untuk saya. Kegembiraan masing-masing tentunya subjektif dan berbeza-beza. Ada yang cukup pergi ke pantai kerana katanya ia menenangkan. Ada pula yang sanggup berhabis duit (ada yang sampai catu makan) hanya kerana mahu membeli beg tangan atau aksesori jenama yang bukan calang-calang harganya agar boleh ditayang pada followers di media sosial atau ketika hangout hujung minggu bersama the girls. Ada pula yang gembira hanya bila dapat habiskan masa dengan yang tersayang, sama ada kekasih, keluarga juga anak-anak. Yang mana satu definisi kegembiraan kamu?

Walaupun definisi kegembiraan kita berbeza-beza, yang satu dan pasti adalah apabila kita mempunyai wang yang cukup untuk menyara diri dan keluarga, juga kerjaya yang diidamkan, kan? Now, that is the real happiness!

Mungkin ini kegembiraan yang kamu cari. Bila bebas dari belenggu wang dan punyai kerjaya yang boleh dibanggakan.

Sejak bekerja 11 tahun yang lalu, saya juga tak terkecuali terkena tempias dilema kesempitan wang. Maklumlah, bila kerja di industri ini banyak mata yang akan memandang – kamu pakai baju apa, pakai kasut apa, bimbit beg apa. Ada saja item baru akan saya sambar bila ke mall hanya kerana takut menjadi buah mulut orang. Tapi sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi menganggapnya satu beban. Saya mula sarungkan apa saja yang cantik pada badan dan dengan confident membimbit apa saja yang kena dengan gaya. Sejak itu, saya mula perasaan tak ada pula mata-mata yang memandang serong. Mungkin selama ini hanyalah perasaan saya saja.

Take a chill pill. Kita selalu membebankan fikiran dengan perkara kecil. Apa kata, hari ini kamu (dan saya) mulakan hari dengan fokus kepada perkara yang boleh memajukan lagi diri. 

Antaranya adalah berusaha menjadi lebih baik dari semalam. Tak kira dalam apa jua yang kamu lakukan. Lakukan sehabis baik, kerana walau apa pun yang dinasihatkan oleh teman dan keluarga, pokok pangkalnya diri sendiri saja yang dapat mengubahnya. Banyak artikel menarik untuk kamu bulan ini di Cosmopolitan.my atau dapatkan edisi terkini Cosmopolitan Malaysia di pasaran untuk kamu jadikan inspirasi, motivasi diri dan juga banyak kisah yang boleh dijadikan ilham dalam menaikkan semangat kamu di tempat kerja dan sebagainya.

Dengan edisi Wang & Kerjaya yang kami bentang untuk bulan ini, team Cosmo berharap kami dapat membantu kamu untuk lebih berjaya. Sebarang soalan dan pendapat, sila e-melkan kepada saya di nisahalid@bluinc.com.my. I’ll be waiting. Till then, enjoy reading!

 

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor