Jenama Hanya Meraikan Hari Wanita Sedunia Dengan Koleksi Khas - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Jenama Hanya Meraikan Hari Wanita Sedunia Dengan Koleksi Khas

Sempena Hari Wanita Sedunia Ahad ini, 8 Mac 2020, jenama pakaian tempatan Hanya menampilkan 11 insan luar biasa yang merupakan ‘queen’ dalam cara mereka yang tersendiri.

Mereka merupakan golongan yang berani menyuarakan pendapat dan membela nasib wanita iaitu Sarah Khoo, Bibian Leong, Rathika Sheila, Hafreez Amminuddin, Sarah Rostam, Penny Choo, Engku Lok Lok, Juanita Ramayah, Leagha McMahon, dan wanita Hanya sendiri – Veen Dee Tan dan Jaja Anuar.

Veen Dee Tan
Jaja Anuar
Bibian Leong
Rathika Sheila
Sarah Rostam
Hafreez Amminuddin
Leagha McMahon
Juanita Ramayah
Penny Choo

Dan jitu kepada mantra ini, co-founder Hanya, Veen Dee Tan bergabung tenaga dan kreativiti bersama Jaja Anuar untuk membawa jenama itu ke tahap yang lebih tinggi. Jaja sebelum ini merupakan Head Buyer di FashionValet dan telah banyak menyumbang kepada industri fesyen tempatan. “Saya mempraktikkan apa yang saya katakan, dan sebanyak mana saya mempunyai rancangan besar dan impian untuk Hanya, saya tidak boleh melakukannya sendiri. Setelah Jaja sertai, ini merupakan peluang untuk saya bawa Hanya ke peringkat yang lebih tinggi,” ujar Veen Dee. Hari Wanita Sedunia diraikan sekali dalam setahun, tetapi Hanya menyambut wanita sepanjang tahun.

Koleksi ini menampilkan dua kemeja-T – satu dengan padded and elaborated shoulders bersama tagline kempen, dan satu lagi adalah oversized t-shirt dengan cetakan seni orginal Hanya yang mempamerkan wanita dengan tona kulit berbeza menyarung koleksi Hanya yang terdahulu. Harga antara RM79 hingga RM89 dan boleh didapati di www.shophanya.com dan www.zalora.com/my mulai 6 Mac untuk meraikan Hari Wanita Sedunia.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva