Hanya Petik Jari Untuk Rasa Gembira!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
happy

Hanya Petik Jari Untuk Rasa Gembira!

Apa yang membuatkan kamu bersedih? Jika difikirkan balik, tidak berbaloi untuk meratapinya! Daripada duduk bersendirian memikirkan nasibmu kemudian jadi murung tak pasal-pasal, cuba aktiviti ini untuk saat lebih happening.

happy

Mencuba Resipi Baru

Bangkit saja daripada tidur yang lena, manjakan diri kamu dengan sarapan yang memuaskan. Cuba penkek, telur dan buahan segar. Jelas sekali makanan yang lazat akan menyemarakkan mood lebih hebat untuk hadapi harimu yang panjang itu.

Berparti Dengan Kawan

Rakam gambar sepanjang malam. Bermain dengan kamera akan berikan kamu kegembiraan kerana senyuman itu sendiri mampu berikan kamu mood yang positif.

Bersiar-siar Seketika

Tinggalkan seketika iPod dan telefon bimbit di rumah. Ya, kamu sayangkan gajetmu tapi inilah masanya untuk ‘mendengar’ keadaan yang sunyi, tanpa gangguan, totally you-time untuk seketika. Kamu akan jadi lebih peka dengan keadaan sekelilingmu.

Dapatkan Urutan Badan

Datang 15 minit lebih awal. Jika kamu terburu-buru nak ke spa akan buat kamu rasa lebih stress, datang awal akan memberi kamu masa untuk tukar baju, menyerap persekitaran di situ dan menikmati hidangan air halia dingin dengan tenang.

Good Vibrations

Sebelum temu janji atau mesyuarat penting, cuba kaedah ini untuk menyerap ketenangan: Duduk dalam posisi yang paling selesa kemudian ‘hum’ untuk beberapa minit. Satu getaran menggelikan akan tersalur ke seluruh tubuhmu. “Getaran ini memperlahankan gelombang otak dan mengurangkan hormon tekanan,” jelas Mitchell Gaynor, MD, penulis The Healing Power of Sound. Tarik nafas panjang di antara setiap ‘hum’ dan cuba beberapa not berbeza. Satu lagi cara untuk meraih manfaat: Dengar bunyi wind chime dengan mata terpejam. Ia akan menghantar gelombang bunyi yang merelakskan melalui udara, membantu kamu rasa lebih tenang.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness