Hafidz Roshdi Tayang Badan Di Media Sosial - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Hafidz Roshdi Tayang Badan Di Media Sosial

Hafidz Roshdi Tayang Badan Di Media Sosial

Jejaka ini pernah menghiasi halaman Cosmo dua tahun lalu, ketika itu dia masih hijau dalam industri seni. Namun tiba-tiba dia menyepi! Cosmo tertanya juga ke mana hilangnya Hafidz Roshdi kerana wajahnya jarang muncul di kaca televisyen. Oh, rupanya dalam diam-diam dia sedang bina badan untuk jadi lebih ‘sado’. Mengapa? Kami cungkil jawapannya!

Keluar Dari Zon Selesa

“Saya baru saja habis penggambaran filem,” ujarnya membuka bicara. “2019 adalah tahun buat saya. Pusaka adalah buah tangan saya yang terbaru. Kali ini saya lari sebentar daripada watak penuh cintan-cintun.”
Pusaka adalah filem genre seram dan dia diberi kepercayaan untuk memegang watak Lokman yang percaya pada alam ghaib. Apa agaknya perasaan Hafidz bila dapat bekerja dengan pengarah Razak Hisyam? “Rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk bawa watak ini. Tak dinafikan suasana bekerja amat berbeza dengan drama, dari segi lakonan, jenis shot…semua dititikberatkan. Saya juga banyak bermain dengan emosi,” kongsinya. Bagaimana pengalaman bekerja dengan teman lama, Syafiq Kyle? “Tentunya mudah kerana kami sama-sama pernah masuk pertandingan Hero Remaja, jadi tak ada masalah kerana sudah ‘ngam’ dari dulu. Dalam Pusaka, watak Lokman banyak membantu Nuar yang tak percaya dengan alam ghaib tapi dihantui gangguan misteri.” Hmm, filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam sejak semalam. Kamu dah tonton?

Hatinya Dicuri Humairah

Muda, kacak, berjaya, dan sudah pun bergelar bapa kepada seorang anak perempuan. “Sampai hari ini saya rasa tak percaya bila bangun pagi, ada Humairah di sebelah (ketawa). Hidup saya berubah 360 darjah.” Pastinya tak mudah membahagikan masa sebagai pelakon dan bapa. Bagaimana Hafidz lakukannya? “Jadual kerja saya tak tetap dan isteri pula kerja 9 to 5. Selalunya, pagi saya take over semua tugas dan beri waktu kepada isteri untuk bersiap ke pejabat. Daripada bangun pagi sampai Humairah kenyang, saya yang uruskan,” tambahnya. Wah! Siapa sangka Hafidz tak kekok menguruskan anaknya. “Cuma part dia nak buang air, terpaksa saya beri pada pembantu (ketawa). Waktu petang pula saya akan bawa Humairah jalan-jalan selepas isteri pulang dari kerja, secara keseluruhan saya banyak luang masa bersamanya. Kadangkala Humairah ikut saya uruskan kerja cuma bila ada penggambaran, saya tak bawa dia.” Bila ditanya adakah dia mahu menambah anak dalam masa terdekat, dia menjawab tidak menolak rezeki namun mahu isterinya bersedia dari segi fizikal dan terlebih mental dahulu.

Mesej Di Sebalik Foto ‘Sado’

Tak dinafikan susuk tubuhnya sudah berubah, kini lebih ‘sado’ dan berketerampilan. Ehem, Hafidz juga suka tayang badan di akaun sosial. Mengapa? “Sudah lama saya into fitness dan saya mahu buktikan yang saya pelakon versatil dan boleh bawa watak selain hero cinta.” Boleh kongsikan rutin senaman Hafidz setiap hari? “Saya ada day 1 dan day 2, bermakna lepas subuh saya akan bersenam hingga jam 7 atau 8 pagi. Selalunya, 70% strength dan 30% stamina. Bermula dengan skipping atau joging, kemudian saya fokus pada muscle strengthening.” Dengarnya isteri Hafidz pun turut terjebak dengan rutin senaman ini… “Ya, saya juga personal trainer tak berbayar dia. Saya jaga rutin pemakanannya kerana dia suka makan mee segera. Secara tak langsung pemakanan saya terjaga sebab ada geng diet bersama. Selain itu, diet saya juga berdasarkan karakter yang diberikan. Jika nak ekstra ‘ sado’, saya perlukan protein, makan ayam, tak minum air manis dan tak sentuh nasi langsung. Saya tak kisah sangat tentang air manis, tapi nasi ibarat separuh hidup saya. Nak buat macammana, pasrah sajalah,” akhirinya.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist