Hadiah Paling Bermakna Buat Insan Tersayang - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hadiah Paling Bermakna Buat Insan Tersayang

Masa untuk membeli-belah hadiah!

ELLE memperkenalkan koleksi jam tangan bergaya untuk wanita uber moden tiba tepat pada waktunya untuk memikat setiap momen sempena musim perayaan ini. Hadiahkan jam tangan indah dari koleksi terkini yang pastinya akan menggembirakan hati insan yang tersayang.

Modern Square

Diilhamkan daripada pandangan segi empat katedral ikonik Notre-Dame, simbol sejarah Paris, kebudayaan dan romanticism. Jam tangan bentuk empat segi menampilkan perincian 30mm rose-gold case, pavé crystal top ring dan terperinci indah pada dail putih yang terukir dengan monogram ELLE dan digabungkan dengan dail enamel biru /kelabu malam. Dipadankan bersama gelang rose-gold atau tali kulit mewah, koleksi ini pastinya stylish dan moden untuk diberikan sebagai hadiah nanti.

Parisian Night

Mengambil inspirasi daripada Menara Eiffel yang mendominasikan pemandangan langit malam romantis Paris berabad lamanya. Dial Mother-of-Pearl rona biru gelap disempurnakan dengan kristal bersama gelang perak dan emas. Koleksi ini juga boleh didapati dalam kombinasi putih mother-of-pearl dial kristal, yang juga dipadankan bersama gelang perak dan emas – tambahan edisi kepada koleksi aksesori wanita.

Petit Elegance

Kamu boleh mempertimbangkan jam tangan koleksi Petit Elegance sebagai hadiah hujung tahun untuk diberikan kepada pasangan kamu. Koleksi ini direka untuk menyerlahkan pergelangan tangan dengan siluetnya yang rapi, 22mm watch case, kristal pave atau rose-gold top ring. Digayakan bersama keluli tahan karat, gelang rose-gold atau tali kulit putih.

Festive Red

Meriahkan musim perayaan ini dengan pemberian hadiah paling bermakna. Koleksi ini menampilkan rekaan moden timeless dalam rona merah, dengan bentuk klasik segi empat, 30mm rose-gold case, pavé crystal top ring, dial enamel merah dan tali kulit yang pastinya menawan setiap mata yang memandang.

Koleksi ini boleh didapati di:

Parkson Pavilion – Level 3, Pavilion KL Mall

Parkson Mahkota – Ground Floor, Mahkota Parade, Malacca

Parkson Ipoh Parade – Ground Floor, Ipoh Parade Mall, Perak

Parkson Nu Sentral – Lot. 364, Nu Sentral Mall, KL

Aeon Mid Valley – Ground Floor, Mid Valley Megamall, KL

Atau beli secara online di Shopee.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva