Gigi Hadid Dan Zayn Malik Kembali Bersama
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Gigi Hadid Dan Zayn Malik Kembali Bersama

Again?! Gigi Hadid Dan Zayn Malik Kembali Bersama

Akhirnya berita yang sangat dinantikan oleh peminat Gigi dan Zayn, mereka telah dilaporkan kembali bersama!
Gigi Hadid Dan Zayn Malik Kembali Bersama
Foto: Vogue

Pasangan yang telah berpisah pada Mac 2018 ini kelihatan seperti sudah bersama semula apabila dilihat berpelukan ketika berjalan di kota New York. Kegembiraan di wajah Gigi jelas terserlah seperti dilamun cinta sekali lagi!

Celebrity Sightings in New York City - January 11, 2020

Foto: Robert Kamau Getty Images

Mereka mungkin sedang meraikan ulang tahun Zayn Malik kerana hari jadi Zayn adalah pada malam tersebut. Antara yang turut hadir pada malam itu adalah Bella Hadid, Anwar Hadid dan Dua Lipa.

Celebrity Sightings in New York City - January 11, 2020
Foto: Robert Kamau

Pada November tahun lalu, Gigi telah berpisah dengan Tyler Cameron dan sumber mengatakan dia kembali berhubungan dengan Zayn. Mereka berkata bahawa Gigi “sentiasa mempunyai soft spot untuk Zayn dan mereka mempunyai banyak sejarah bersama… Gigi sangat menyokong Zayn.”

Zayn dan Gigi masih belum memberi apa-apa komen tentang spekulasi ini,
but honesty, #TeamZigi2020!

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker