Gajet Pilihan Cosmo: Ciri-ciri Mewah Dengan Harga Berpatutan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gajet Pilihan Cosmo: Ciri-ciri Mewah Dengan Harga Berpatutan

Ada kalanya kamu mahu gajet yang tak terlalu mahal tapi ada semua ciri telefon pintar dengan harga melambung. Samsung menampilkan edisi baru Samsung Galaxy A50s dan A30s untuk kamu miliki sekarang, Cosmo sendiri berpeluang mencubanya!

Galaxy A50s baru dan A30s hadir dengan rupa kontemporari baru serta inovasi terbaik. Direka untuk kamu yang ingin ambil gambar dan berkongsi pengalaman serta-merta bersama teman, Galaxy A50s dan Galaxy A30s menjanjikan prestasi yang kamu perlukan untuk era ‘live’. Kamera mantap, paparan infiniti tanpa gangguan dan jangka hayat bateri tahan lama, telefon pintar ini termasuk ciri yang dinaik taraf dan harganya berpatutan.

Reka bentuk Galaxy A50s dan Galaxy A30 dengan corak geometri unik dan kesan holografik futuristik di bahagian belakang badan telefon pintar ini buat Cosmo jatuh cinta! Terdapat tiga warna baru, Prism Crush Black, Prism Crush White, dan Prism Crush Green untuk kedua-dua rangkaian Galaxy, pastinya buat kamu tampak lebih bergaya…

Dengan bateri 4,000mAh yang tahan lama dengan keupayaan mengecas yang pantas dan AI-based Game Booster, Galaxy A50s dan Galaxy A30s menawarkan pengalaman bermain game tanpa bimbang tentang telefon pintar kamu hang.

Galaxy A50s

Abadikan setiap saat bersamanya kerana kamu boleh rakam video konsert secara langsung atau selfie. Samsung Galaxy A50s menawarkan kamera utama 48MP baru. Bukan itu saja, kamera ultra-wide, dengan sudut tontonan 123 darjah mensimulasikan pemandangan, membolehkan rakam dunia seperti yang kamu lihat dan mengambil tangkapan lanskap tanpa gangguan dan panorama yang lebih luas dengan mudah. Ciri lain best adalah Super Steady yang berfungsi bantu kamu rakam video tanpa cacat cela.

Jika menonton video menerusi media sosial atau bermain game, Galaxy A50s menjanjikan pengalaman terbaik dengan skrin paparan 6.4-inchFHD + Super AMOLED Infinity-U.

Galaxy A30s

Galaxy A30s dilengkapi dengan tiga kamera iaitu kamera utama 25MP dan kamera ultra wide 8MP, dan 5MP depth camera yang baru. Dengan live focus pada depth camera, kamu boleh guna efek bokeh profesional yang berkualiti dan buat potret dinamik dengan cepat dan mudah menggunakan Galaxy A30s. Alat kamera pintar yang lain pada Galaxy A30s.

Galaxy A30s mempunyai pengimbas cap jari pada skrin memudahkan dan lebih intuitif untuk memastikan telefon pintar kamu selamat.

Harga terbaik dan berpatutan

Galaxy A50s dan A30s boleh kamu miliki di semua Samsung Experience dan Samsung Malaysia Online Store dengan harga masing-masing RM1,299 dan RM899.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist