Foto Parti Sambutan Hari Jadi Gigi Hadid Tersebar!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Foto Parti Sambutan Hari Jadi Gigi Hadid Tersebar!

Walaupun baru sahaja putus cinta dengan Zayn Malik, nampaknya sambutan hari jadi supermodel terkenal, Gigi Hadid tetap meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan rapatnya, termasuk Cara Delevingne dan Hailey Baldwin.

Tentu sekali sambutan hari jadi ke-23 Gigi akan lebih bermakna jika dia dan Zayn masih lagi bersama, seperti sambutan tahun lalu. But, she has already moved on! Parti hari jadi Gigi kali ini diadakan di Brooklyn Heights Social Club, New York, dipenuhi dengan tema emas berkilauan.

Gigi hadir memakai gaun mini strapless berwarna emas dari Versace dengan padanan mekap keemasan. Model berdarah kacukan Belanda - Palestine itu kemudian menukar pakaian kepada lebih santai dan kasual berserta sneakers ketika acara memotong kek.

Bagaimanapun sambutan hari jadi Gigi kali ini tidak dihadiri oleh rakan terdekat lain seperti Kendall dan Kylie Jenner, Taylor Swift, Selena Gomez dan Karlie Kloss. Mungkin dia mahu adakan parti berasingan berikutan nama-nama yang tidak hadir itu bermusuhan sesama sendiri. Jom check out foto-foto di sekitar parti hari jadi Gigi yang dihadiri oleh A-list people. Foto: seventeen.com

6 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness